Koya penulis Novel amatur : episod 6

EPISOD 6:

DI JEPUN:

“Nuha”. Kedengaran suara memanggil. Nuha tersentak.
“Nuha fikir apa. Nasi tak makan? Naufal bertanya sambil mengerut dahi. Rungsing.
“Eh, tak adalah. Tiba-tiba teringat Nekjah, ibu dan Nusrah”. Balas Nuha. Nuha senyum dan teruskan makan. Dia sudah agak kenyang. Nasi beriyani itu, sepinggan sudah boleh mengenyangkan dua perut yang sedang lapar itu tadi. Begitu banyak nasi sepinggannya. Berbaloi lah bayar ¥600. Dalam RM40 sepinggannya.

“Oh, nanti kita beli hadiah kat semua mereka ya”
Baru Naufal ingat, adik Nuha itu namanya Nusrah. Sebelum ini, Naufal pernah melihat orang seiras Nuha. Tapi dimana ya? Mungkinkah itu Nusrah. Naufal lupa. Oh, biasalah, dalam dunia ada 7 orang wajah seiras.
.
“Ok, dah siap kan? Jom kita masuk masjid”. Naufal mula bersuara. Cantik masjidnya. Berwarna coklat pekat dan ia adalah sebuah bangunan tinggi 4 tingkat. Tak ada kubah. Hanya ada tulisan “Nagoya Mosque” di dinding masjid. Mereka melangkah naik ke tingkat dua. Badan orang Malaysia, cepat semput, naik tangga untuk dua tingkat bangunan juga sudah mengah. Bagaimana agaknya kalau perlu naik ke tingkat empat. Boleh ketiduran penat. Tapi, orang jepun, uniknya, susah jumpa yang berperut buncit dan yang berbadan gempal. Kelihatan mereka semunya sama saja. Sangat menjaga berat badan. Bagus. Mungkin empat tingkat ini mudah bagi mereka. Naufal berfikir sendiri.
.
Waktu itu sudah zohor. Mereka mahu bersolat Zohor. Sekitarnya ada beberapa orang kanak-kanak sedang bercakap. Rasanya mereka bukan adik beradik. Ada yang putih mata sepet, ada yang rambut kerinting dan macam arab. Ya, mereka orang yang tinggal di Jepun. Mungkin ibu-bapanya bekerja disini. Seorangnya dari Mesir, Fasih English dan Jepun. Hebat anak itu. Kagum Naufal melihat. Seronok juga disini.
Selesai itu, mereka mahu kembali ke Nagoya station. Menaiki keretapi menuju ke Takayama.
------------------------------------

Kota Bharu.
Nusrah berjalan di sekitar bandar itu. Mundar mandir dia mencari kedai buku. Nusrah memang miliki jiwa membaca yang sangat tinggi. Sesuailah dengan karakter cikgunya. Dari sebuah kedai buku, dia berjalan lagi ke kedai buku lain. Dulu, Nusrah bersama Nuha mencari buku bersama-sama. Mereka selalu singgah di kedai "Mee Celop" yang menjadi kegemaran mereka berdua. Mee celop itu antara yang popular disitu ketika itu. Makan, mungkin tak cukup semangkuk. Nuha dan Nusrah memang berkawan baik. Mereka hanya berdua, dirumah, di sekolah. Cuma, bila p[eluang ke Universiti itu berlainan, mereka berpisah seketika. Tapi, setiap hujung minggu, mesti ada ketika mereka bertukar tempat. Berhujung minggu bersama-sama. Kadang-kadang Nuha ke tempat NUsrah, begitulah sebaliknya.

Nusrah di UKM bangi, Nuha pula di UiTM Shah Alam. Hanya perlu bertukar gerabak KTM Komuter untuk mereka bertemu saban minggu.

Tapi, itu dulu. Mungkin tak akan ada lagi cerita itu. Nusrah akur. Inilah hidup, selamanya mesti ada berubah. Fikiran Nusrah melayang sebentar.


(bersambung)
Baca episod 1-6 juga di
http://www.ninimuhammad.com

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.