Koya penulis novel amatur: EPISOD 5

EPISOD 5:
.
.
Kicau burung petang hari. Riang ria burung berterbangan. Di mulutnya ada secebis roti. Mungkin ingin terbang bawa pulang kepada yang menunggu di sarang. Itu kisah burung.
.
Nekjah termenung di tingkap dapur rumahnya. Sekian lama dia memendam rasa. Badan juga makin lemah. Urat-urat tebal mula timbul di kulit. Kurus badan Nekjah. Sambil tangan mengupas bawang. Matanya dikesat. Mungkin keluar airmata tanda pedih, atau alirannya keluar bersama sendu sendiri. Nekjah, kematian suami sudah lama. Dari umurnya 40 tahun. Sekarang umur Nekjah sudah hampir 80-tahun. Suaminya meninggal kerana sakit jantung. Nekjah hanya ada dua orang anak yang dijaga penuh kasih sayang.
.
Tiba tiba, ada bunyi dari ruang tamu rumah.
“Nekjah , oo Nekjah”. Ada suara perempuan memanggil. Nekjah tahu, itu suara cucunya. Nusrah. Dia baru pulang dari kerja. Nusrah bekerja sebagai guru di sekolah. Biasanya jam 3, dia dah balik rumah. Seorang gadis yang suka duduk di rumah. Menemani Nekjah dan ibunya. Nusrah ke dapur menjenguk Nekjah.
.
“Nekjah buat apa tu. Masak ke?” Tanya Nusrah lembut dan tersenyum. Cantik Nusrah ni. Nekjah dalam sayu membalas “Ya, tengah masak. Sekarang la masa aku nak masak kat kamu. Dah taka da nanti, kamu dah tak boleh rasa masakan aku dah”. Nekjah berseloroh. Masa yang sama matanya berkaca. Cepat dia menyapu matanya seperti pedih bawang. Mengelak daripada Nusrah mengesannya.
.
.
Nusrah datang mendekat. “Nekjah. Nekjah cakap apa ni. Nusrah tak nak dengar la Nekjah cakap macam ni”.
.
.
Nusrah pun sedang bersedih. Dia teringatkan kakaknya Nuha. Nuha buat apa sekarang di Jepun? Ingatkah Nuha pada dia? Nuha dah kahwin dan ada yang dah sayang dia. Nuha mesti lebih bahagia sekarang. Nusrah melayang perasaan. Adik beradik kembar yang tak pernah berpisah, memang perit rasanya. Waktu akad nikah Nuha, Nusrah hanya mampu melihat dari ruang dapur. Tak mampu dia bersuara apa-apa. Degup jantung dia juga laju. Tak diketahui kenapa.
.
Nekjah sedar Nusrah mengelamun. “Hai Nusrah. Kamu pun dah nak tinggalkan Nekjah macam kakak Nuha ke? Dah ada calon? Nekjah saja menyakat menghilangkan rasa sayu mereka petang itu. Beginilah keadaan kampung. Hanya keluarga yang memberi hiburan. Keluarga juga yang bagi perit rasa berpanjangan.
.
“Nekjah ada calon untuk Nusrah ke?” Nusrah senyum.
.
Nusrah teringat Nuha dan Naufal. Beruntung Nuha ada suami macam Naufal. Walaupun sebentar dia duduk sebumbung dengan Naufal, dia tahu, abang iparnya sangat baik dan soleh.

(bersambung)

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.