Posts

Showing posts from August, 2017

Koya penulis novel amatur: episod 7

EPISOD 7:

Di satu petang, Naufal meronda menaiki motosikal di sekitar taman perumahan tempat dia membesar. Taman ini, taman lama. Sudah hampir 15 tahun dia menetap disitu bersama keluarganya. Kebanyakan penduduk, ramai yang belum berpindah semenjak mula sampai dan membangun keluarga mereka. Naufal tinggal disini dari umurnya 8 tahun. Sekarang, dia belajar di UPM, dan apabila cuti semester, biasanya dia banyak mengahbiskan masanya di program program university. Menawarkan diri untuk menjadi penggerak persatuan demi mencari mutiara berharga, buat meneruskan kerja dakwah di tempat itu. Tapi hari ini, dia tiada program. Jadi, dia duduk dirumah sahaja.
.
. Di hadapan rumah Naufal, kelihatan, ada kunjungan dari seseorang .Dia tak mengenali siapakah mereka.
Naufal baru balik dari meronda taman. dari jauh dia seperti sedar ada orang datang. “oh siapaka mereka? Naufal berkerut dahinya” . Naufal pergi mendekat untuk masuk ke pagar, meninggalkan motornya diluar, dia menapak menuju sebuah kereta ya…

Koya penulis Novel amatur : episod 6

EPISOD 6:
DI JEPUN:
“Nuha”. Kedengaran suara memanggil. Nuha tersentak.
“Nuha fikir apa. Nasi tak makan? Naufal bertanya sambil mengerut dahi. Rungsing. “Eh, tak adalah. Tiba-tiba teringat Nekjah, ibu dan Nusrah”. Balas Nuha. Nuha senyum dan teruskan makan. Dia sudah agak kenyang. Nasi beriyani itu, sepinggan sudah boleh mengenyangkan dua perut yang sedang lapar itu tadi. Begitu banyak nasi sepinggannya. Berbaloi lah bayar ¥600. Dalam RM40 sepinggannya.
“Oh, nanti kita beli hadiah kat semua mereka ya” Baru Naufal ingat, adik Nuha itu namanya Nusrah. Sebelum ini, Naufal pernah melihat orang seiras Nuha. Tapi dimana ya? Mungkinkah itu Nusrah. Naufal lupa. Oh, biasalah, dalam dunia ada 7 orang wajah seiras. .
“Ok, dah siap kan? Jom kita masuk masjid”. Naufal mula bersuara. Cantik masjidnya. Berwarna coklat pekat dan ia adalah sebuah bangunan tinggi 4 tingkat. Tak ada kubah. Hanya ada tulisan “Nagoya Mosque” di dinding masjid. Mereka melangkah naik ke tingkat dua. Badan orang Malaysia, cep…

Koya penulis novel amatur: EPISOD 5

EPISOD 5: .
.
Kicau burung petang hari. Riang ria burung berterbangan. Di mulutnya ada secebis roti. Mungkin ingin terbang bawa pulang kepada yang menunggu di sarang. Itu kisah burung.
. Nekjah termenung di tingkap dapur rumahnya. Sekian lama dia memendam rasa. Badan juga makin lemah. Urat-urat tebal mula timbul di kulit. Kurus badan Nekjah. Sambil tangan mengupas bawang. Matanya dikesat. Mungkin keluar airmata tanda pedih, atau alirannya keluar bersama sendu sendiri. Nekjah, kematian suami sudah lama. Dari umurnya 40 tahun. Sekarang umur Nekjah sudah hampir 80-tahun. Suaminya meninggal kerana sakit jantung. Nekjah hanya ada dua orang anak yang dijaga penuh kasih sayang.
. Tiba tiba, ada bunyi dari ruang tamu rumah. “Nekjah , oo Nekjah”. Ada suara perempuan memanggil. Nekjah tahu, itu suara cucunya. Nusrah. Dia baru pulang dari kerja. Nusrah bekerja sebagai guru di sekolah. Biasanya jam 3, dia dah balik rumah. Seorang gadis yang suka duduk di rumah. Menemani Nekjah dan ibunya. Nusrah ke …

Koya penulis novel amatur EPISOD 4

Image
EPISOD 4
Toilet kat mana ya? Tanya Nuha.
“Oh,toilet. Ingatkan tertinggal hati dalam "flight". Naufal saja menyakat. Nuha cebik saja. .
"Jom kita cari. Ada je dekat sini. Jalan depan sikit” Kata Naufal yakin. Naufal pernah ada bebrapa orang kawan yang pernah belajar dan bekerja di Jepun. Sedikit sebanyak, ada maklumat yang dia tahu hasil carian dan pertanyaan. Supaya mudah mereka berjalan. Untung bertanya awal-awal. Masa lebih jimat. .
“Ini dia toilet. Tapi, toilet Jepun ni ada butang. Press ada beberapa jenis. Tengok lambang ni. Naufal tunjuk satu gambar di skrin talifonnya kepada Nuha. Sebenarnya Nuha juga ada mencari informasi itu. Dia rasa dia tahu. “ok”. Ringkas Nuha membalas dan terus pergi ke toilet.
. Tapi, realiti memang berterabur juga. Nuha tekan semua butang yang ada. Siap ada muzik sekali. Nuha tergelak. Memang kelakar. Nuha keluar dan menuju ke arah Naufal. "
. Setelah selesai. Mereka terus ke tempat menunggu. Memang tepat pada waktunya, keretapi pun sampa…

Koya seorang amatur Novel episod 1-3

Image
EPISOD 1:
Awal pagi itu, mereka tiba di Airport Nagoya Tokyo. Sepertinya sangat tenang.
.
Nuha dan Naufal berjalan laju ke Imigresen. Sambil genggaman erat dua tangan pengantin baru itu bersela. Tersenyum lebar. Ini kota romantic. ‘Bisik Naufal bersenda”. Nuha merah pipinya, memandang langkah kaki Naufal , dalam hatinya berbisik ‘Ya Allah, tampan dia yang bersamaku hari ini, rasanya beberapa hari sebelum ni, kami masih malu-malu kerana masih baru bertemu. Perkahwinan rancangan terlalu pantas. Tak sangka, Naufal jodohku”. Nuha senyum.
.
. Oh, Nuha tersedar lamunan. Seperti mimpi dirasa. Dia kembali ke dunia nyata. Beratur bersama kumpulan penerbangan Singapore Airlines ke Nagoya Tokyo. Jepun, sungguh sistematik. Mengangguk dan pantas berlari. Masa mereka berharga. Tidak hairan, disiplin anak-anak jepun amat tinggi. Selesai Imigresen, Naufal bawa Nuha ke tempat beg yang berpusing dirodanya . Menunggu beg mereka sebelum menuju ke hotel penginapan.


EPISOD 2: Sementara menunggu beg, di airport…