Unik Autism

Anak autisme memang boleh belajar seperti anak-anak tipikal. IQ mereka tinggi(berbanding dgn pljr bermasalah pembelajaran yg lain, kadangkala melebihi paras normal) tetapi EQ mereka tidak stabil.  

Jika mereka ada sekali masalah adhd atau add atau behavior atau global delay atau speech delay(non verbal atau limited verbal), maka di situ isu akan timbul di mana pembelajaran tak dapat ditingkatkan DENGAN MUDAH (WALAUPUN TIDAK MUSTAHIL) kerana kurang penumpuan, mudah terganggu dengan persekitaran, mudah hilang minat terhadap subjek yang tidak digemari, tidak mahu ikut arahan, berkeras untuk kekal dengan rutin dan perkara yg diminati sahaja, tidak faham arahan, tidak faham dengan soalan berbentuk kefahaman dan analisa, ada yang agresif, ada yg defensif, ada yang mudah tantrum atau meltdown, motor kasar/halus yg lemah, ada yg keyakinan diri yg rendah, ada yg bermasalah tidak lawas pembuangan najis, ada yg blm bebas diaper, isu sensori integrasi, tidak/kurang sabar, self-centered, kurang simpati, kurang empati. Boleh memahami ayat mudah, essay mudah tetapi bermasalah untuk memahami ayat kompleks apatah lagi menganalisa dan merumuskan essay yang lebih kompleks dan teknikal. Matematik memang "kacang" bagi kebanyakan mereka tetapi akan berdepan masalah dengan soalan matematik berbentuk kefahaman.

Terapi-terapi lain seperti behavior modification, psikologi, kerohanian, terapi cara kerja, speech therapy, pengubahsuaian diet, supplemen dan lain-lain  perlu untuk menyokong proses pembelajaran dan survival sama ada di eip, sekolah, rumah, kolej, ipt, tempat kerja dll.

Di sebalik isu-isu di atas, Allah beri sekali kelebihan pada mereka seperti ingatan jangka panjang yang kuat(daya menghafaz), "perfectionist" , otak seni(otak kanan), daya tumpuan yang amat tinggi pada perkara yang diminati(obses), "photographic memory" ,  ada  "6th sense" (kadang-kadang), melihat sesuatu perkara dengan cara berbeza dan penyelesaian sesuatu isu pun berbeza, savantism dalam "foreign languages" / senilukis/ muzik/ "computer graphics" / kejuruteraan/ komputer/ rekacipta/ fizik/ robotik/ jahitan/ memasak dll,  "born with British slang" (tidak semua), cepat "pick up" matematik, boleh menghafal Al-quran, hati yang cenderung kepada agama dan lain-lain yang boleh dimanipulasi untuk membina teknik untuk menguasai dan mengajar mereka untuk memudahkan sesi, "pdp"  di mana-mana institusi.

Ada individu autisme aspeger yang boleh menguasai bab akdemik("grade A student") tetapi masih ada masalah EQ. Tetapi kebanyakannya mild, moderate hingga severe, EQ bermasalah sehingga mengganggu pembelajaran akademik. Mereka boleh sampai ke sijil, diploma atau ijazah tetapi teknik pengajaran dan penilaian perlu diubahsuai sesuai dengan "nature" dan cara otak mereka bekerja. "Teach them the way they learn. Do not force them to accept the way we teach". 

Perkara ini memang amat mencabar bagi pengajar dan penjaga. Setiap individu autisme, "percentage" masalah dan kebolehan berbeza. Satu cara kadang-kadang tak boleh diguna pakai untuk individu berbeza. Di situ perlunya KREATIVITI dan  KEPELBAGAIAN TEKNIK MENGUASAI dan MENGAJAR mereka kerana kita sedar mereka didatangkan Allah dengan pakej potensi yg unik yg perlu dicungkil oleh pengajar dan ibu bapa(mungkin sebagai punca pencarian mereka pada masa depan). Pembelajaran akademik dan kestabilan emosi adalah komplimen kepada potensi tadi. 

Sekiranya betul cara dan teknik menguasai dan mengajar, isu EQ dapat dikurangkan...Percayalah..mereka boleh di"channelkan" ke bidang-bidang yang mereka minati. 

Agama perlu ditanam sejak lahir sebagai cara hidup. Agama adalah benteng kehidupan. Tanpanya, individu autism sama seperti mereka yang lain yang tidak beragama. Penghayatan mereka terhadap agama kadangkala tidak sampai ke tahap normal, diterima atau tidak amalan mereka...serah saja kepada Allah. Istilah "anak syurga" tidaklah sampai mereka "tiada agama" dan tidak menjalani kehidupan beragama.

Tidak sedikit individu autism yg berjaya...belajar dan kaji cara ibu bapa dan guru mereka meletakkan mereka di tempat mereka sekarang.

http://sekolahpulauaman.blogspot.my/2013/02/pengidap-autisme-yang-berjaya.html?m=1

http://autismmythbusters.com/general-public/famous-autistic-people/

http://www.disabled-world.com/artman/publish/article_2086.shtml

http://autism.wikia.com/wiki/Stephen_Wiltshire

Meminggirkan, membiarkan, memasukkan mereka dalam zon selesa, "isolate" kan mereka dari manusia lain/ masyarakat bukan langkah yg baik. Beri mereka kemahiran 3M(minima), kemahiran hidup, kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, kemahiran bermuamalah(setakat kemampuan akal masing2), masukkan agama dalam diri, cari atau bina peluang kerjaya, bina keyakinan diri, latih berdikari, doa doa doa, tawakkal.

KESIMPULAN...MENANGANI INDIVIDU AUTISM TIDAKLAH SEPERTI DIHAMPARKAN KARPET MERAH. UJIAN DEMI UJIAN DISEDIAKAN BUAT IBU BAPA DAN PENGAJAR LANTARAN SYURGA ADALAH TAWARAN KEPADA SESIAPA YANG SABAR, TIDAK PUTUS ASA, TABAH, REDHA DAN PERCAYA SETIAP MASALAH YG ALLAH JADIKAN DISEDIAKAN SEKALI JALAN KELUAR(Surah As-Syarh). 60% KEJAYAAN MEREKA BERGANTUNG KEPADA PERANCANGAN IBU BAPA, PENGAJAR DAN SUPPORT DARI PERSEKITARAN(SEKOLAH, INSTITUSI, MASYARAKAT, PIHAK BERAUTORITI, PEMBUAT DASAR). 40% LAGI KEAZAMAN DARI INDIVIDU AUTISM SENDIRI. SEMUANYA DGN IZIN ALLAH JUA.

- PENULIS adalah founder kepada Teknik MUZRA - Teknik menguasai dan mengajar pelajar bermasalah fokus dari kalangan pelajar autism, add, ADHD, slow learner, down syndrome, disleksia, bermasalah "behaviour" dan bermasalah manipulatif.

-Principal Dan Pengasas DM Intensive Potential Drilling Service & Consultancy.

-dari hands on educating experience dgn pelbagai individu autism, add, adhd, dyslexia dan slow learner serta 17 tahun bersama individu-individu autism.

https://m.facebook.com/DM-Academy-formerly-known-as-DM-Training-Consultancy-203485076384362/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1146961625370031&id=203485076384362

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.