Tips COD barang niaga. Kepada seller dan buyer.


saya membebel di link ni (klik sini)

Ramai yang keliru dengan perkataan COD. Ni saya nak sahre sikit apa saya tau tentang COD>


COD ni short term kepad (cash on delivery) maknanya, buyer bayar harga barang pada waktu barang tu sampai ke tangan dia. Maknanya, at one time, barang dan duit bertukar tangan. 


Tapi, zaman online sekarang ni, ada yang lebih berjaga-jaga dan berhati-hati. Ada seller yang mintak buyer bank in terlebih dahulu, baru barang tu di hantar. So itu pun dikira sebagai COD. Cuma duit dibayar awal atas sebab keselamatan. seller tak nak pegang duit banyak dalam satu satu masa dia COD barang. 

Maybe barang tu bernilai mahal atau banyak tempat seller nak pergi. Atau seller nak ada transaksi dalam talian untuk memudahkan rekod dalam fail. Takyah kira duit satu satu dah. 

ok.


Kita pergi pada tips kepada seller waktu nak COD:


1. Cari tempat COD yang mudah dijumpai/ ramai orang, dan senang nak parking.


2. Berteman, jika kita nak cod barang kepada berlainan jantina. (ini untuk lebih selamat). Tapi, jika x ada teman, cari lah tempat lebih terbuka. Jangan masuk dalam kereta buyer jika nak terangkan tentang penggunaan produk. Mintak dua duanya keluar kereta. 


3. Ada snap gambar. Maybe plate kereta, atau apa saja yang mudah untuk di trace. Atau buat video, jika sorang. video play dalam kereta kita. Maybe park beberapa meter, biar nampak aksi kita dari arah kereta. Ini jika boleh la. 


Tips untuk buyer.
1. Cari dan cadangkan tempat sesuai untuk berjumpa. Cari lokasi yang kita mudah dan selamat. Ramai orang.

2. Kalau boleh, sediakan duit siap siap, jika nak bayar cash. Jangan belek wallet depan seller atau di khalayak ramai mcm tu. 

3. Kalau nak keluar kereta, pastikan anak-anak dalam kereta tu dalam keadaan selamat. Jangan tinggalkan kereta yang ada anak-anak tu jauh dari kita. 

4. Pasang video. kalau berteman, mintak teman tu rakam. Kalau seorang, boleh rakam suara saja. 

5. Ambik gambar kereta dan number plate seller, sekadar berjaga jaga. Jika tak ada apa -apa, boleh la delete. =)

6. Pergi berteman. 

7. Jangan masuk dalam kereta seller. In case ada seller nak cerita penggunaan barang, biar keluar dari kereta. 


Ini sahaja sedikit perkongsian dari saya. Moga bermanfaat. 


Sekarnag ni, semua pun bahaya. Jadi, sekadar berhati2. Jangan lupa baca doa =)





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.