Rasa down dalam bisnes

Ada satu waktu, tahun 2016 dulu. Saya kira waktu tu waktu genting. Sebab semua bisnes nampaknya sedang 'struggle'. Mungkin sebab pelaksanaan Gst yang buat orang 'serabut'. Atau kedengaran macam-macam kemungkinan yang sangat seram bab keperluan harian. 


Ramai kawan saya yang juga bisnes datang luah perasaan. Stuck la. Tak tau nak buat apa. Motivate la aku sikit.


Oh, sesekali, kita kena fikir jauh. Stuck bukan semata-mata motivasi. Tapi, stuck juga boleh jadi sebab:

-.'rasa hati kita pada orang lain'
-.'Minda complicated, fikir tanpa ada jalan yang nampak solusi' bercampur baur fikiran. Sekejap fikir komitmen, sekejap fikir penat, sekejap fikir kenapa aku yang kena hadap situasi ni?'
-.'Rasa kosong sebab lack/kurang daya saing dalam skill dan strategy'
-.'tak ada kebersamaan untuk saing ganding bahu, feeling lonely. Mula rasa tak berguna'


Semua tu, saya juga pernah lalu. oh..nak lalui hidup bukan perkara mudah. Nampak saja kita bekerja dapat gaji. Tapi, hidup harian kita penuh cabaran. Tak ada skill, boleh goyang semuanya.
.
Sesekali tu, fikir lah untuk kita. Tanya ni 'so, sekarang ni, apa aku nak buat?' Nak insaf , nak menangis sebab motivasi tak ada? oh, motivasi bukan mencelikkan kita selamanya. Takat masa yang ada, bila minyak kering, terus jem balik.


Apa nak buat? 
Tolong. Saya pun agak penat dengar orang kata
'Akak, tolonglah ketuk saya bila nampak saya leka'. 


Allah. Saya bukan malaikat, penjaga siang malam. Saya ada dua tangan dua mata. Tu pun berspek.


Tolong jadi orang yang nak cari mentor. Belajar strategi untuk shoot. Belajar untuk berubah cara fikir, cara bertindak, yang betul dan matlamat yang tepat.

Orang kita, terlalu cepat mengalah. Saya tengok tadi, kedai saya makan masa sekolah dulu. Kedai tu dulu hampir roboh sebab daif. Sekarang, siap dua kedai penuh lampu keliling.


Kita nak tengok kejayaan atas saja. DI dalam nya, macam mana owner bekerja siang malam, kita lupa nak siasat.


Bertindaklah cari strategi. Bukan mengalah. stuck je, lari dari mentor. Malu. (silap)


Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.