Pilih makanan, beza lelaki dan perempuan

Banyak bezanya lelaki dan perempuan. 

Tak payah pergi jauh.  Kita perhati cara beli makanan kat kafe pun dah begitu banyak perbezaan yang dapat dikesan. 

.

1. Pinggan/bekas yang dipilih. 

Orang lelaki akan ambil je pinggan yang paling mudah dia capai dan terus menuju ke tempat nasi. 

Orang perempuan biasanya dia takkan ambil pinggan yang atas sekali sebab pekedai biasanya akan letak kain lap pinggan kat situ. (Walhal dia lap juga pinggan tu dengan kain tu karang). 
Lepas dia ambil pinggan,  dia akan angkat pinggan tu tinggi sikit dan tengok kot pinggan tu ada sompek ke, ada bintik bintik hitam ke, ada kesan minyak ke. Selagi tak keluar bunyi menciutkan,  dia akan terus memilih pinggan. Sedangkan pada ketika tu maybe lelaki yang ambil pinggan sebelah dia tadi tu dah masuk suapan ke lapan. 


2. Kepayahan menyukat nasi di perut sendiri. 

Orang lelaki dia nampak je senduk,  dia tekan je ke kedalaman maksimum yang senduk tu boleh capai,  kaut dan lepuk dalam pinggan. Settle. 

Orang perempuan dia akan ambil nasi setengah senduk dulu. Lepas tu dia renung. Rasa macam tak cukup. Dia ambil lagi suku senduk. Eh macam banyak pulak, dia buang satu perlima senduk. Amazingnya,  lepas dia habis makan kau tengok tetap tak habis jugak nasi tu. 😝


3. Membuat keputusan apa lauk yang nak dimakan. 

Orang lelaki dia ambik lauk yang dia rasa berkenan walaupun dia belum habis pusing tengok semua lauk. Pada dia ok dah tu. 

Orang perempuan pusingan pertama dia akan tengok dulu semua lauk yang ada. Pusingan kedua dia akan berhenti di sesetengah stesen lauk, ambil senduk dan usik usik sikit lauk tu. Letak semula. Sambung lagi pusingan ketiga. Kira biasanya 7 pusingan lah baru lengkap semua lauk dia. Kalau boleh dapat haji,  hajah dah semua orang perempuan ni 😜


4. Kebolehan mencari gali. 

Orang lelaki kalau dia makan nasi goreng, dia cedok je nasi tu tanpa peduli ada haiwan atau tumbuhan apa dalam nasi tu. 

Orang perempuan, dia akan kuis kuis dulu nasi tu. Kalau dia suka makan kobis,  dia akan kumpul semua kobis yang dia boleh kesan. Kalau fish cake, senipis nipis fish cake dia akan cungkil jugak. Dia hanya akan stop bila ada orang lain yang nak ambil nasi goreng tu jugak. 
Silap haribulan dia stop sekejap, bagi laluan kat orang tu, lepas tu dia sambung semula!  😂


5. Cari tempat duduk. 

Orang lelaki dia akan cari tempat yang dekat dengan tempat makanan, easy access nak masuk. 

Orang perempuan dia akan tengok siling, ada kipas ke tak. Dia akan tengok kerusi, ada sisa makanan ke tak. Dia akan tengok meja, ada tahi burung ke tak. Dia akan tengok lantai, ada air tumpah ke tak. Hmmmm... 😎

Haaa... 
Itu baru bab nak makan tau. 
Belum bab pilih baju. 
Pilih kuih raya. 
Pilih lapik meja. 

Dia boleh keluarkan 1001 justifikasi kenapa itu perlu, kenapa ini menjadi pilihan, kenapa itu jangan, kenapa ini bersesuaian 😂

Uniknya kan jadi perempuan. 
Kecerewetan dia tu membuatkan dia dipilih allah untuk mengandungkan, melahirkan,  membesarkan dan mendidik anak anak. 
Bila dia cerewet, bila dia teliti, maka dia akan pilih apa yang terbaik untuk suami dan anak anaknya. 

Tak susah pun nak hidup dengan orang perempuan ni. 
Dia hanya perlu jumpa dengan 'right man' yang boleh faham dan beri laluan kepada kecerewetan dia je. 

😘😘😘😘😘😘😘


copy dari fb: izyan izdihar shaarani


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.