Perempuan selalu complicated?

Alhamdulillah, dah lepas sambut raya. Masing masing juga dah masuk back to routine. Yang bekerja dah bekerja, yang cuti masak , sudah kena masak. Haha ☺☺☺ Alaa, rilek ar.. Hujung minggu ni kita gi raya lagi ya. Kih kih


Menjelang beberapa hari nak raya hari tu, di Facebook tu, macam macam perkongsian kisah yang kita baca. Isu macam-macam.
- Menantu hantu. Balik rumah goyang kaki.
- Ipar duai pemalas. Aku sorang je yang duk dapur masak
- Jalan jem
- Biskut raya alaf baru bentuk ulat.
- Budak budak datang rumah orang,  buat sepah macam hantu saja.


Ikutkan, banyak lagi la kalau nak tulis. Macam-macam isu. Bagus juga la. Tak adalah media socail tu sekadar apa je kan. Baik yg ada sharing ilmu manfaat. Best juga baca buat pedoman.


Ok, berbalik pada tajuk. Perempuan ni selalu complicated ke? Sebab apa ya?



Saya pun perempuan. kadang-kadang kita fikir lebih-lebih sangat tambah tambah kalau ada masalah. Terus bersambung. Sampai asben mintak buat air pun dah jadi perkara berat macam kena banting tanah. Kih3.

Isu complicated ni, saya rasa ada dalam beberapa hal:


1) Packing balik kampung / packing travel
Ini kes, orang duk share. Perempuan biasa bawak almari balik kampung atau travel. Semua benda dia nak masukkan. Sebab fikir takut nak guna. Haha. Memang ni. Cara nak atasi adalah dengan 'ada tawaran duit'. Takapa la Yang. kalau perlu nanti, kita beli je la. Haaa,  ini bikin hati dia tenang. hahah


2) Nak pakai apa bila plan nak keluar jalan.
Jangan la ajak keluar 5 minit dari sekarang. Nanti dia stress. Haha. Langsung taknak keluar. Sebab feeling mood dia memang complicated. Kalau nak keluar bawak anak-anak, lagi la dia fikir. Bab susu, baju salin, pampers, plastik sampah, sikat rambut blablaaa. (idea AmyzuhaiNieza Zulkipli)


3) Nak masak apa.
Ini, biasa perempuan complicated bila nak beli bahan masak. Susah nak kirim kat orang tlg beli. Sebab idea masak bukan datang sebelum ada bahan. Tapi, selepas tengok bahan di pasar. hehe. Baru laju nak masak itu ini. Kalau x, dia punya termenung, nak masak apa ya. apa ya. kiki (idea fatihah amanda sumayyah)

4) Nak bercuti dimana
Kalau perempuan fikir pasal bercuti, dia nak tau keadaan tempat tu. Sesuai untuk sapa. Mudah tak nanti bawak anak. Kena ada apa kalau nak ke sana. Kasut mana nak pakai. Baju berapa helai. haha. Melalut fikir sampai la google tempat lain pulak. ades. haha (idea khasila ramlan)


5) Nak pakai baju mana g kerja?
Ini pun lahai. Masa saya iron baju asben dulu, senang je. Iron , dia pun pakai. iron pakai. Haha.
Kalau baju sendiri, jenuh tenung almari. Ayoooo (idea zuzila hana)


6) Baju raya kaler apa tahun depan? Haha
Baju raya mesti sama sekeluarga. Jangan buat main kalau xsama. hehe
Ni dah abes raya. Dia tengok gambar rakan rakan di fb. Dia pun fikir. Lawa kaler ni. Boleh la masuk list raya tahun depan. hikhik. jangan ar marah. Ni planning yang jimatkan masa. (Idea nurul syamimi dan Nini)


7) Apa nak buat esok bangun pagi? 
ini biasa la orang perempuan. Sambil bersiram dia boleh fikir. Lpeas keluar bilik air ni, nak g ambik itu ini kat dapur, pastu g iron baju, pastu bla bla. Punya details. Hehe (idea Zuera shams)


Ok ni jela bab complicated yg saya boleh rumus sikit. Bukan complicated sangat pun. Cuma jenis fikir dalaaaam sangat. Bercabang dianya otak. Apapun, lelaki dan perempuan saling melengkapi. Complicated perempuan tu pun ada masanya good sangat.


Terima kasih kawan yang bagi idea point ni.

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.