Perempuan beranak dan bagi susu.

Perempuan ni, masa umur remaja, kulit berjerawat sebab perubahan hormon. Biasalah, masa sekolah menengah, borak dengan kawan isu pencuci muka. Sebab kulit mula naik biji-biji. Tambahan pulak baru datang period. Hormon sudah berubah.


Kalau dah kahwin pulak, hormon berubah juga. Mungkin sebab sudah ada interaksi suami isteri yang membuatkan biologi perempuan itu sedikit berubah. Sejauh mana ia berubah, wallahua'lam. Nanti ada info baru, boleh saya tulis lagi. Biasa kalau masa belum kahwin, period gelong, kadang-kadang, selepas kahwin, period jadi teratur. Kalau sebelum kahwin, ada senggugut maha hebat, selepas kahwin tup tup hilang senggugut. Ada juga sebelum kahwin, muka kusam, jerawat banyak, tapi selepas kahwin, dah lain macam kulitnya,  Itu adakah kebetulan? atau ada keadaan lain yang menyebabkan ia berlaku? Nanti ada info, kita sahring lagi bab ni. 


Perempuan kalau mengandung, hormon nya pun berubah lagi. Ada yang waktu mengandung, kulit jadi naik biji gatal penuh badan. Ada kulit muka jadi berminyak. Ada yang naik jerawat sampai kepala dan belakang badan. Macam-macam lagi la. 


Perempuan, kalau dah bersalin dan menyusukan, hormon kita berubah lagi. Ada perempuan selepas bersalin yang libidonya makin kurang. Keinginan bersama suami makin rendah. Adakah sebab hormon atau sebab badan sudah penat dengan perubahan? Bayangkan kalau setiap tahun kita mengandung,menyusu, mengandung, menyusu. Inilah yang jadi pada perempuan. Tak sempat nak manage hormon supaya menjadi lebih baik dan rileks. 


Maka, sebab itulah, perempuan tak boleh ambik ringan bab nutrisi dan makanan. Betullah, kita makan hariannya. Tapi adakah lengkap dan makanan kita tu nutrisi 100% tak musnah? 


Ada perempuan yang bekerja. Pagi-pagi sudah amat rushing. Sediakan semuanya. Termasuk bawa beg pam susu ke pejabat. Begitu sekali perempuan ingat anak. Sampai waktu pam, lupa nak makan. Nak balik, terkandas dalam jem. Balik rumah, baby pulak menyendeng. Mak tak sempat nak berehat pun. Esok keluar kerja lagi. Dan makin lama, body makin penat. Samada melepaskan peluang menyusu secara fully ekslusif dengan bagi susu formula ataupun teruskan dengan stress sebab susu makin sikit dan badan makin penat.


Ada perempuan yang surirumah, start celik mata, anak 3 orang dah celik sama. Mula la ke sana sini ya. Yang ni kencing, pastu yang tu berak. Yang tu tumpahkan nasik, yang ni nak susu. Yang tu yang ni. Sampailah nak tutup mata lagi. Tapi, malam-malam tersedar juga, sebab baby nak susu. Me time ibu pun tak tahu dimana. Nak masuk toilet pun ada suara memanggil dari luar pintu. Ini kes realiti. Ramai tak sempat nak makan dengan sempurna.







Inilah kita orang perempuan. Bukan salah nak bersalin menyusu. Sebab ianya ada pahal besar sebesarnya yang Allah janjikan. Jadi, tambahkanlah nutrisi harian kita dengan asas-asas yang lebih kompleks dan mudah. Asalkan ianya natural. 

Amalkan lah suppliment. Supaya badan dan hidup kita lebih tersusun. Sebab stress dan body penat ni, macam-macam lagi potensi keburukan akan ada. Sebab penat, mudah nak marah suami dan anak. Muka nampak stress. Pemikiran lebih negatif. Tengok ini sedih, tengok itu stress. Dan macam-macam lagi. Hidup kita untuk kita nikmati dengan baik. Jom kita amalkan pemakanan lebih baik dengan suppliment. 


Guna yang asas saja. Atau boleh contact saya jika perlukan consultation untuk suppliment yang lebih diperlukan anda. Mungkin hanya perlu satu tablet saja. =) 014-506 8306


Saya amalkan Vitamin C secara konsisten. Kulit muka pun makin ok. Rasa lebih tenang.


Comments

  1. Betul-betul.hormon perempuan selalu berubah.

    ReplyDelete
  2. Memang badan lembik,cepat penat, cepat nak marah anak..hihi.

    Buat byk kerja,nak rilex kan pinggang kejap pun xsempat..tapi bila bdn tak rasa penat sangat, boleh layan anak dgn baik..

    ReplyDelete

  3. Setuju.. badan penat rasa stress.. bila stress rasa nak marah je.. bila marah aje anak2 tanya kenapa la mama asyik nak marah je.. Huhuu Deep..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.