Kita.... Susah sikit je, bising dah.

Bisnes, adalah untuk orang yang faham. Berjuang tu bukan mudah. Tapi, ada janji jaya kalau usaha. Apa bisnes sekalipun, ada perit dia.
.
.
Kita tengok Dato' Vida kaya raya sebab bisnes dia. Tapi dibalik itu, usaha dia bukan mcm kita. Kita ni, susah sikit je, dah bising. Payah sikit nak close sale, dah mula gelong. Belajar hanya bila free. Bila rasa nak. Selebihnya, hidup tenang lah walau itu ini mencabar.
.
.
Kejayaan, apa jua bidang pun bukan terus dapat. Kena ada pelaburan hati perasaan, tenaga, mental. Bukan sekadar kata 'saya nak buat bisnes, saya nak berjaya." Tapi, bila hari esok lusa, entah apa dipikir. Golek golek masuk duit?
.
.
Pencuri pun kena bekerja. Kan.
Saya train ramai orang. Dan dalam tu, banyak keletah. Ada yang begini dan begitu. Tapi saya takkan berhenti train. Mereka yang akan saya jumpa next, adalah orang yang tepat. Kita tak tahu siapa. Yang penting, kita buat kerja. 


Saya dulu bukan minat berniaga pun. Masa darjah 3, saya pernah beli stiker untuk dijual di sekolah. Tapi, last-last, saya yang guna stiker tu sendiri. Hahaha.
.
.
Biasanya saya hanya terllibat dalam berniaga ni secara disebalik tabir je la. Macam tolong mak, buat kuih. Tapi, kalau nak saya jual pada orang, saya tak pandai.
.
.
Saya betul-betul mula berniaga 2011. Tu pun secara dibalik internet. Orang tak nampak saya. Dalam desakan saya stress, sebab orang duk tanya 'best ke tak kerja, duk rumah?'
.
.
Banyak lagi suara lama yang masih fresh terngiang ayatnya di telinga saya. Menag ada ketika dulu, air mata tak berhenti sebab ada suara-suara ni. Salah satunya ayat ni ... 'saya takkan jd macam akak lah. Tak kerja. Saya boring nanti.' Sekarang orang itulah yang sedang nak berhenti kerja sebab stress penat.
.
.
Inilah bahasanya. Jangan sebut benda kita tak pernah tahu. Sebab benda ni bukan kita yang uruskan. Ini semua aturan Allah. Tahu ke, tak tahu ke, suka ke, tak suka ke, di depannya, kita belum pasti dimanakah kita. 

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.