Orang bisnes menunjuk untuk riak?

#Bisnes #pernah #NAIK, #pernah #JATUH?


Lama sangat dah saya rasa tak tulis pasal bisnes. Sebab awal Ramadhan hari tu, ada masalah kejang jari dan pergelangan tangan. Tak ada la teruk mana. Cuma, nak menaip tu, rasa mood kelaut china selatan. Haha

.
Bisnes. Saya banyak follow rakan-rakan FB yang berbisnes. Tak kisahla bisnes apa pun, tapi saya nak tengok keperibadian dan macam mana la dia boleh berjaya. Boleh bagi mak ayah RM1000 sebulan tu sudah sangat baik walaupun mak ayah tak mintak pun. Tapi, kalau diberi RM1000, mahu sengih juga mak ayah kita kan. 
.

Masyarakat kita sekarang ni jenis pelik jugak. Tengok berjaya je, nak test dulu. Tunggu la tahun depan, jatuh la tu. Perasaan apa tak tau. Tapi itulah resamnya. Orang tak suka bab 'ajak- ajak' atau 'tunjuk-tunjuk'.

Bukak kedai/HQ, dirasa menunjuk. Rasa hebat
Bg duit mak ayah RM1000, rasa riak.
Buat rumah banglo, rasa ' alaa, perlu ke tunjuk pada umum?

Kawan, bisnes ni macam kita belajar dulu juga. Dengar kejayaan orang ni dapat straight A, nak resepi kejayaan. Pergi seminar score straight A, macam-macam lagi. Adakah itu pun bermasalah?

Macam tu juga la bisnes. Orang tunjuk kadang-kadang untuk 'ajak berjaya bersama'. Tak ada faedah orang bisnes nk tunjuk semata nak riak. Buang masa saja. 


Ajak ni ada banyak medium. Di kaca Tv, ajak jangan main henfon waktu berjalan, guna iklan. Ajak jangan ambil dadah, melalui video. Ajak jadi baik, dengan tanyalah ustaz. Semua tu berbentuk ajak. 


Jadi, orang bisnes, ajak nya adalah melalui pembuktian. Kalau tak, macam mana orang nak inspire yang dia ni betul boleh ajak orang buat bisnes.  Dan tak semestinya kita kena ikut dia buat bisnes dia.Kita ambik intipati apa dia 'ajak' tu saja pun sudah bagus. 

.
Buang dengki hasad. Buang rasa tak puas hati. Jatuh bangun tu adat bisnes. Ada banyak hikmah yang Allah atur dalam medan sunnah tu. Jadi, jangan kita asyik tanya jatuh ke bangun ke bisnes orang atas niat nak bagi hati kita puas tengok bisnes orang tu makin jatuh. 


Saya pernah baca buku sambil nanges. Buku 'Bisnes cara kami', Buku ' Allah maha mengetahui". Allah bagi satu ujian, tak ada siapa boleh bg keputusan ianya buruk atau baik. Sebab "TAK ADA SAPA TAHU" . Itulah hikmah =)


Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.