Ciri Autisme Asperger - part 2

Ikhwan ni kanak-kanak autism kategori asperger. Dari segi IQ dia adalah on average, malah ada juga yang dia lebih baik dari anak-anak yang normal. Yang lebih tinggi dari anak normal tu, kita panggil asperger high function. 

Ni ada link video, orang explen keadaan orang asperger dalam classroom

https://www.facebook.com/101341536125/videos/10151334778561126/


Hanya kelakuan dan komunikasi yang jadi isunya. Itu sahaja kelemahan ikhwan. Inilah keadaan yang masyarakat susah terima. Jarang orang tanya, budak jenis ni, kat sekolah, pandai ke? Dah pandai baca? kira? Sebab dirasa macam budak macam tu takkan belajar dengan baik.

Asbab masalah kelakuan dan komunikasi nilah, faktor kepada banyak cabang lagi di sekolah.
Macam mana dia nak bergaul dengan rakan yang pelik dan pening dengan cara dia berkomunikasi? Ada kawan tak dia nanti? Sebab memang sehingga sekarang, kawan dia sekejap sekejap je boleh. Sebab makin lama, Ikhwan mula pelik perangai. Haha.


Ikhwan punya style bergurau, kita nak kata jenis apa pun tak tahu. Pastu dia suka gelak. Orang normal akan pelik sebab, tak pasal-pasal dia gelak. Biasanya dia gelak sebab ada isu atau kes dia imaginasi sendiri. Tu yang dia akan gelak. Kadang-kadang dia nampak umi dia jadi lembu la, jadi ikan la. Jadi strawbery la. Adoi la. Dia sebut, Umi, kenapa muka umi jadi lembu? Tapi, jarang jarang la imaginasi dia macam tu. Haaa. Masa ni, kita agaknya, marah ke gelak? 😂😂 

Ikhwan suka belajar. Tapi dia lebih suka belajar sorang sorang dengan cikgu atau dengan orang yang nak ajar dia. Kalau ajar ramai-ramai, banyaknya, dia akan lari dari menyertai. Rasanya sebab otak dia tak boleh nak terima kekalutan bila ramai-ramai. Jadi, memang kena ajar dia balik sorang-sorang. Di aliran kebangsaan, susah nak ada keadaan ni. Sebab pelajarnya ramai.


Ikhwan bukannya tak pandai.
Umur 4 tahun, dia dah boleh abc dan kiraan nombor. 
Umur 5 tahun dah boleh bawa basikal tanpa tayar kecik.
Umur 6 tahun dah pandai membaca, mengira, menulis.


Hanya kerana otaknya, dia agak special. kadang-kadang, kita amat penat sebab melayan dia bercakap. Sebab soalan dia selalu pelik-pelik. Dan selalu tak puas hati. Dia suka menangis suara kuat kalau tak dapat apa dia nak. Dan suka membebel panjang dari awal masuk kereta, hingga bukak pintu balik rumah. 😂😂 

Ikhwan sukar nak faham kalau kita bagi penjelasan secara lisan.Dia kena dijelaskan secara penulisan atau lukisan. Cepat serap, dan akan ingat sampai bila bila. Kadang-kadang Iman pun garu kepala tengok abang Ikhwan. Haha


Saya sambung part 3 nanti ya. Stay follow meee =) 




Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.