Best kerja dari rumah?

Hari ni pagi-pagi, hirup udara segar kat luar rumah. Kereta motor, van, bas sudah lalu lalang di jalan. Sibuknya jalan depan rumahku ini ya. Ya la, laluan utama. Risau juga kalau pintu pagar terbuka. 3 meter je dengan jalan raya. Tapi seronok sebab boleh nampak ragam dan rutin harian. Jalan ni, kalau ke petangnya, mula jem. Sebab orang balik kerja. 




Saya ni, kerja juga. Cuma berbeza jenisnya. Berbeza aktiviti. Bangun pagi, siap siap solat, mandi, kemas-kemas bilik sikit, maka, ambik henfon dan keyboard, mula menaip cerita di blog. Hehe. Best gila ya kerja macam tu? Tapi ni bukan satu aktiviti saja kerja saya ni. Banyak lagi, dan kena gabung dengan kerja sebagai suri rumahtangga. Macam-mana?

RUMAH KEMAS
Saya dulu seorang perfectionist juga. Mengemas kena kemas A punya la. Sapu macam dah takkan ada habuk naik dah. Haha. Tapi sekarang, sebab kerja dari rumah, kita kerja dengan anak anak sama-sama. Biasalah budak-budak kan. Mainan sebakul tu, diorang ni main tuang je. Pastu tinggal. Grr. Tapi, ku dah buat tak nampak dah. Main lah sepenuh hatimu. haha


TANGGUNGJAWAB SENDIRI
Kerja dari rumah ni, dia atas kita semuanya. Kalau kita faham apa nak buat, kita akan tau bila kita kena buat kerja tu. Jangan tangguh tangguh atau 'kena juga buat'. Jangan sebab ada lesen kerja sendiri, kiota boleh escape dari buat kerja. 


FAHAMI RUTIN
Ambik masa, kaji sebentar, apakah rutin yg kita boleh fix kan (tetapkan waktunya). Maka, kita akan dapat buat semua tu dengan laju.

Cth rutin harian yang boleh kita tetapkan:


Waktu nak solat subuh

- Masukkan baju dalam mesin basuh.
- Keluarkan bahan beku, rendam. 
- Basuh beras dan letak nasi sekejap. 
- Solat subuh dan wirid, quran


Apa lagi rutin yang boleh ditetapkan? Boleh kita cari sendiri aktiviti kita. Macam iron baju kerja suami. Buat sekaligus dengan baju sekolah anak-anak (anak 8 tahun kebawah). Dah besar tu, iron sendiri la kan. =)


Bagi saya yang 6 tahun kerja dari rumah, saya seronok sebab saya boleh atur sendiri kerja saya. Penat tu biasalah. Siapapun akan penat. Kerja kat luar pun penat juga. Sebab kita bukan duduk saja di rumah. Kita kan bekerja. 

Ada orang tak suka kerja dengan kalut anak-anak. Terpulangla kita kan. Sebab ni saya cerita kisah saya. Kerja dengan anak-anak memang mencabar. Cuma, ini saja waktu  ada sementara mereka nak besar. Dah sekolah nanti, dah makin besar, dah ada kawan, lain dah cara kita nak urus mereka ni. 


Alhamdulillah, 6 tahun ni, saya fully di rumah dengan anak. Bermula dari si sulung hingga anak ketiga ni. Dan ini juga ruang untuk saya. Sebab anak sulung saya ada AUtisme ASPERGER. Memang ternyata, berada di rumah dan buat terapi sendiri amat baik dan lebih berkesan. 


Best kerja dari rumah? Seperti saya nyatakan tadi, ia terpulang pada inidividu. Tak ada jawapan khusus untuk soalan 'bes ke kerja dari rumah/' hehe.


K. u ol. Hari ni dah 10 syawal. Dah puasa 6? Saya belum lagi. Ades. 

Comments

  1. Setuju dgn puan. Bekerja di rumah lain cabarannya. Bagi saya ia lebih mencabar sebab selain kena disiplin, kita akan dihasut oleh katil, anak2 dan sekeliking.hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. Katil tu bahay. Kdg2 mengantuk dtg tiba-tiba. Bila bila waktu tenang. Eheh

      Delete
    2. Ada blog? meh nak follow. hehe

      Delete
  2. Bekerja dari rumah disiplin kena tinggi. Kalau tak kelaut semua😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. kelaut biru, ke pulau pandan jauh ketengah, gunung daik bercabang tiga. hehe

      Delete
  3. Wahh best tips ni.saya pun suri rumah tapi berbisnes pagi kena siap2 semua masak baru buat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah relaks tenang makanan siap. Tenang lah nak sharing kan. yeahhh

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.