AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.

Fuhh. Selesai dah untuk anak Pasti beraya hari ni. Masak dalam 2 kg juga nasi. Ayam 2 ekor. Tapi agak lembik pulak nasinya. Ayooo. Acane boleh terlajak air pulaks ni chef oii. 
.

Ni nak cerita bab 'sensory' Ikhwan. 
Dia dari kecik, sangat aktif. Masa dah pandai jalan tu kan, kita lepaskan dia jalan sendiri tu, kira enjin turbo. Berdesup jalan tanpa break. Juga tanpa side mirror dan cermin padnang belakang. Dia jalan je ikut kaki dia.


Sensory audio
Saya perasan sensory audio dia ni masa umur dia 4 tahun. Masa ni baru nampak ketara dia tutup telinga kalau ada bunyi kuat. Pada mulanya saya ingatkan itu perkara biasa. Tapi bila saya kaji, ooo betulla. Sensory budak autism banyak lack. Deria rasa belum matang. 


Lepas saya tau bahawa, menutup telinga dengan muka berkerut tu adalah tanda masalah sensory audio, baru saya ingat. Waktu kecik dulu, dia pantang dengan bunyi. Walau slow se slow bunyi pintu ditutup. Mata dia akan automatik celik walaupun waktu tu dia tengah tido. 


Maka saya bawak pergi terapi. Dan ada suggestion dari beberapa pakar. Saya list dibawah ni:

1) perkenalkan dia dengan pelbagai bunyi. Boleh guna youtube dan pasang speaker telinga. 


2) Pasang bunyian waktu dia tidur. Biasakan itu


3) Bunyi wisel, bunyi pon pon macam pencual ikan tu, selalukan buat secara real. Kena ada wisel dan pon pon la di rumah.


4) Pasang radio atau bunyian waktu dalam kereta. Naik dan turunkan volume untuk test kebiasaan dia. Buat sehinga dia biasa dengan bunyi kuat.


5) Biasakan bawa ke tempat bunyi. Kalau dia x selesa untuk permulaa, bawak pemasang telinga tu. Untuk dia relaks sebentar. Atau pasang muszik muzik tenang.


6) Pasang muzik pelbagai yg tenang tenang. Mcam bunyian alam. 



Ni dalam bas, Ada taklimat guna microfon. Dia tutup telinga. Sebab saya tak ada backup muzik lain. Terlupa dan tak bajet akan ada kes ni . Hehe




Waktu dia tak selesa sangat, bawa keluar main di ruang lain untuk bagi dia tenang atau bawa bunyian spare yg relaks untuk dia dengar. 


Ok, ini saja sedikit perkongsian pagi ni. Saya akan sambung lagi nanti. Nak bersiap pergi jamuan raya pulak. Hehe

K baii

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim