AUTISM Asperger TRAVEL: 3 cara tenangkan anak tantrum

Anak autism asperger ni, adalah seorang yang mudah faham kalau ada pengajaran dalam bentuk 'gambar'. Biasa nya ada di papan iklan, dalam flight, dalam bas, sepanjang jalan. Mereka belajar dari itu. Kadang-kadang, di hari yg lain dah, dia boleh tanya apa makna sigboard yang dia nampak tepi jalan hari tu? Umi pun pening pikir. Mana satu sign board yang dia maksudkan. Sebab bukan 1 signboard yang umi pernah lalu dengan dia sepanjang beberapa hari tu. Maka, kalau tak ada jawapan yang menepati apa dia nak tahu, mula la nanges. Cakap umi tak good la, membebel la sepanjang hari itu. Kikiki


.
Tapi, itu fun and enjoyable buat kami. Kalau xde suara menangis dan membebel, mula la kami teringat dia. Hehe.

.
DISIPLIN ANAK AUTISM  SANGAT STRICT. Ini saya share kisah Ikhwan sepanjang kami berjalan di Jepun may 2017.

 Antaranya:


1. SUSUN BEG, BERATUR
Waktu nak cek in luggage, kena beratur. Jadi , dia tengok keadaan beratur tu. Semua orang buat. Maka, dia pun disiplin tengok orang beratur, dia juga kena beratur. Beg tu tak boleh selang sikit pun, dia 'stress'. So, dia tolak rapatkan beg tu bagi nampak lurus. 



2. GAMBAR STEP-STEP
Masa naik flight tu, ada gambar-gambar di flyers kan. Kena pakai seat belt. Naik je flight, duduk di kerusi, terus pasang seat belt. Siap pesan kat umi lagi. Ikhwan ni, setiap kali naik flight, dia akan tengok sampai habis juga gambar-gambar keselamatan tu. Dan tanya soalan soalan. Kadang-kadang, umi yang seram dengan soalan soalan mu nak oi. Umi dah la penakut naik flight. Biasanya buat-buat lupa bab kemungkinan apa-apa tu. Tapi, Ikhwan duk tanya macam-macam. Ades. 

Ada gambar handfon yang dipangkah kan. So, maknanya tak boleh guna hanfon. Cakap kuat pulak tu. Umi masa tu buat dah flight mode. Sebab on tu, nak tengok jam. Tapi, kalau Ikhwan dah marah, kena OFF betul la henfon. Hehe

Makanan yang disediakan chopstik. Dia akan makan pakai chop stik tu juga walaupun umi dia dah mintak sudu. Sebab takut dia susah nak makan. Tapi, dia nak makan dengan chop stik juga. Memang sangat gigih.


3. WAKTU (JAM)
Ada beberapa kategori orang asperger. Asperger ni sebenarnya sama je dengan anak normal. Cuma berbeza dari segi (bahasa dan komunikasi social) tu saja beza mereka yang agak ketara. Maknanya, anak aserger ni, jenis bukan berperwatakan fleksible macam budak lain. Asperger ni, dia jenis step by step. Lurus. Dan disiplin mengikut ketetapan. Contohnya yang bernombor seperti Masa, nilai duit dan Jarak. 

Ada asperger yang setiap waktunya akan bercakap pasal nilai jarak. Tanya toilet dimana pun ada soalan jarak. Berapa meter lagi toilet dari sini? Tercengang la orang normal dengar soalan. Hehe


Ikhwan jenis masa. Naik flight je, dia tanya, pukul berapa flight nak terbang? Nanti sampai pukul berapa? Ada masa dalam flight tu dia tido. So, bila bangun je, dia terus tanya. 'pukul berapa dah, sampai pukul 8 kan umi?. Belum pukul 8 ke? tak sampai lagi ke umi". Kikiki. 


Kalau kat rumah, dia tanya: 
Pukul berapa kena mandi? Pukul berapa kena tidur? Pukul berapa boleh tengok tv? Jadi, bila dirutinkan, dia akan follow je step tu. Dan mudah disuruh. Kalau kata, kena mandi jam 6 ptg, maka, sambil dia main tu, kita jerit. Ikhwaaan. Dah pukul 6. Kena naik mandi. Maka, dia cepat akan naik mandi. Hehe. 


Ada lagi ciri lain tapi biasanya yg jenis ada step. Dan kalau berubah step, dia pening sikit. Tapi, Ikhwan setakat ni ok lagi. Boleh nampak dia boleh berubah juga. Sebab dia tak ketara sangat simptom dia.


4. KEMAS PINGGAN
Adakalanya, cerita kartun yang dia tengok boleh mempengaruhi watak dia. Ada dia tengok kartun KIKI BABYBUS. Bagus cerita tu. Lepas makan, basuh pinggan dan lap dengan tisu. 

Jadi, Ikhwan pun buat macam tu. Nak basuh pinggan dan lap dengan tisu. Kat restoran , kita x perlu basuh pinggan u ikhwan. Kat rumah kita dan rumah sedara kita, kita basuhla pinggan yang kita guna. Kat kedai , tak yah basuh. 


5. NAIK BAS NOMBOR BERAPA
Memang anak asperger ni, sangat taksub dengan nombor. Awal awal sampai jepun, kami naik bas B. Kemudian, esoknya berpecah. Kena naik bas D. Dia punya sebut Bas B dan Bas D tu, sampai ke malaysia. Hehe. Naik Bas B, dengan Auny Kiki. Pastu Bas D dengan uncle Jimie. Sebut la sampai seminggu lebih . Ulang ulang. Siap tanya, bila boleh naik Bas C dan Bas A? kikiki. Fening i. 


Cadangan saya pada yang ada anak sebiji macam ni (anak saya 6 tahun): 

a) Kalau dia tantrum nak apa-apa: Kita boleh bagi dia tenang dengan bagi waktu atau step. 
contohnya: 


Ikhwan nak beli beg tu ya? Ok macam ni, Ikhwan ikut dulu Umi, sampai jam 3 petang. Sampai siap umi buat kerja. Lepas tu kita pergi beli beg Ikhwan. (tapi, janji tu kena ditepati. Sebab mereka sangat komit dengan masa)


b) Sebelum keluar bas, kita dah siap-siap janji sambil lukis. 
Contoh: Ikhwan, kita turun bas ni, jalan saja ya. Tak beli apa-apa tau. 

Nanti dia akan faham. Dan biasanya ada soalan dari dia. Aiskrim boleh tak umi? biskut? Roti? So , kita jawablah yang dia boleh. Bagi dia rasa tenang sikit dapat 1 barang.



c) Beri ketenangan jika ada penangguhan. 
Menang anak asperger ni dia lain sikit. Susah nak bertolak ansur kalau dia dah set minda dia begitu dan begini. 

Kalau kita janji nak beli ular mainan dengan dia hari ni, maka, kita kena beli hari tu juga. Sebab penangguhan bagi mereka ni, belum boleh diterima. Tapi, saya ada satu cadangan: kita boleh ubah ayat untuk dia. Biasanya kita kena lukis. 

Ini salah satu cara beri ketenangan pada dia: 
Ikhwan, hari ni, hari AHAD,  ular maianan tak ada kat kedai tu. Dah habis.
Nanti ISNIN, kita datang lagi cari ada ke tak. Boleh?

Ada gambar dibawah ni yang saya tak tahu nak susun. Haha. so, letak sekaligus banyak banyak.


























Kesimpulannya: 
Ada ketetapan waktu. Macam tu la saya handle Ikhwan. Walaupun ada juga la tersilap sikit-sikit waktu janji dan dia ada protes tak puas hati. Tapi saya belajar sikit sikit. Untuk fahami dia. 

Mereka sangat bagus dan mudah kita handle bila dia sorang-sorang. Tapi kalau ada interaksi adik beradik, jenuh juga la bersilat nak kontrol 3 emosi. 

#Mood rindu jepun juga ni. Haha. Ada banyak lagi cerita dia di JEPUN. salah satunya ini: Tetamu hospital jepun lewat malam. Kiki

Nanti saya share



Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.