Anak kedua, dirancang atau kebetulan? Kaedah bentuk anak kedua hebat.

Alhamdulillah, sudah lama saya pendam nak tulis pasal ni. Sebab hati masih rasa belum kuat. Saya ada 3 orang anak. Dan masing-masing berlainan karakter. Diorang masih kecik lagi, tapi kita dah boleh nampak dah sikit perangai masing-masing. 


Tapi, itulah warna-warni hidup berkeluarga. Ada anak begitu-begini, bukannya ia buruk atau baik. Tapi, di sebaliknya ada hikmah. 


Anak kedua, biasanya kejadian 'ter' atau 'planned supaya si sulung ada kawan" atau memang juga niat untuk dapat anak kedua ketiga dan seterusnya. Cuma rata-rata ada yang silap niat waktu nak ada anak kedua. Meh kita imbau kembali =) Imbau sorang-sorang la ya. Takkan nak cerita. kikiki


Keadaan tu lah yg membentuk diri mereka ni. Bukan saja-saja terjadi sesuatu tu tanpa sebab. Sebab tu, kita dinasihatkan imbau balik setiap kelahiran anak-anak kita. Untuk kita plan pembentukan mereka untuk membesar dengan baik. Kalau niat dulu, ada sedikit terpesong, maka, istighfarlah dan mintak Allah bantu supaya, anak ni ada kesamaan jiwanya dengan penerimaan kita. Sebab itu semua adalah gelombang. Susah nak cerita.


Antara ciri anak kedua yang biasa sangat kita dengar
:

1) Dia rasa dia seolah-olah ada untuk memeriahkan saja.
2) Mereka rasa macam tersisih. Rasa kurang dihargai.
3) Lebih perahsia. 
4) Agak keras.
5) Ada sedikit ragu dengan orang sekeliling.
6) Sensitif/menyendiri
7) Suka buat sesuatu yang pelik untuk menampakkan kewujudannya. 


Namun disebalik nya, dia sebenarnya :

1) Seorang yang mudah kesian kat orang
2) Berdikari dan ada pendirian.
3) Ramai suka berkawan dengan dia
4) Kreatif dan lebih matang
5) Cepat dapat penilaian/ banyak idea pendapat.
6) Imaginasi tinggi.
7) Jiwa leader
8) Romantik/cepat tersentuh


Sebenarnya, anak kedua ni, lebih ketara kita nampak personaliti dia bila dia diapit. Maknanya bila kita ada anak sulung, kedua dan ketiga. Maka akan nampaklah anak kedua kita tu sebenarnya bagaimana. 


Mak ayah.. Realitinya kan, anak kedua ni boleh jadi sangat hebat. Jika ibu bapa pandai handle emosi mereka. Sebab sebenarnya emosi mereka nilah yang membentuk jiwa tu. Diorang ni suka sangat cakap-cakap sendiri , dengan hati dan pemerhatian. Dia rasa begini begini. Dia rasa begitu begitu. Maka, menjadikan anak kedua ni lebih berciri seperti disebut diatas sana. 


Maka, ada sedikit sharing tips, yang saya nak tulis ni untuk panduan saya dan yang membaca juga.

TIPS BENTUK ANAK KEDUA HEBAT:

a) Beri hadiah jika dia berkelakuan baik.

b) Bagi tugas dengan pujian, bukannya arahan.

c) Waktu dia marah, peluk dia dan sebut kita sayang dia, dan puji apa dia pernah tolong kita. Ajak dia sebut balik apa dia pernah bantu kita. Mereka akan lebih rasa dihargai.

d) Jangan bandingkan dengan abang.
Cth ayat: "tengok abang long tu. Abang long good, rajin tolong umi. Abang ngah kena la jadi good juga"

Ini akan membentuk ego anak kedua. Jadi, kena tukar kepada:
"abang ngah pernah tolongg umi mop lantai. Cantik dah lantai rumah kita. Kali ni, abang ngah cantikkan lantai depan pulak boleh kan? Mesti cantik rumah kita."

e) Sesekali, bawak la anak kedua jalan keluar dia seorang. Dan berborak la dengan dia baik baik. Bagi apa dia nak untuk waktu tu. Mesti dia sangat teruja. 


Anak kedua ni, sandwich antara cemburu abang dan cemburu adik. So, kena tengok nilai mereka ni. Biasanya anak kedua ni akan jadi mangsa beralah. Beralah pada abang, dia lah juga. Beralah pada adik pun dia kena juga. So, itulah anak kedua.


Namun jauh disana, mereka ada kreadibiliti untuk jadi seorang leader hebat. Dan biasanya mereka ni ada idea yang banyak. Berboraklah dengan mereka. :)


Selamat menyantuni anak kedua. Doakan mereka berjaya dunia akhirat. 

Gambar ni, rasa rasa mana satu anak kedua? 😂😂🤣


Siapa anak kedua. Setuju tak? Hehe

Comments

  1. wahh macam betul ja sy anak kedua.

    ReplyDelete
  2. wahh macam betul ja sy anak kedua.

    ReplyDelete
  3. Anak ke2 ni unik. Betul tips di atas. Kena puji selalu. Elakkan marah

    ReplyDelete
  4. Saya juga anak kedua. Anak kedua ni sangat independent, kadang2 sampai lupa die kecil lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.