AUTISME - part 1

Ramai yang mesej saya sebenarnya. Ramai yang tanya saya pasal Autism. 
.

Saya mcm sebak sikit sebab, di sana masih ada ibu ibu yang macam saya satu ketika dulu.Yang blur dalam keadaan kita perlu. Tak tahu kemana nak tuju. Keliru. Ini baru mak ayah yg nak tahu anak mereka. Belum kira lagi masyarakat yg belum tahu apa itu autism. Sebenarnya, saya pun tak ada banyak ilmu lagi bab AUTISM ni, cuma boleh la berkongsi base pengalaman. AUTISM ada beberapa kategori. Nanti saya share lain kali apa kategori nya. Ni saya lteak posternya saja dulu. 


.
Saya tahu Ikhwan ada sedikit problem waktu umur dia 2 tahun setengah. Aktif dia lain macam, dan dia tak boleh bercakap lagi masa umur 2 tahun setengah. Dia boleh sebut 'air' masa umur dia 3 tahun. Perkembangan Ikhwan ok setakat saya tahu. Tapi, saya tak consider berkaitan dengan tempoh masa perkembangan dia. Iaitu, meniarap umur berapa bulan, berapa lama. Menjulur umur berapa dan berapa lama.


Ikhwan boleh meniarap masa umur dia 2 bulan setengah. Awal kan? Menyulur masa umur dia 4 bulan. Dan merangkak masa umur 10 bulan. Dia merangkak hanya untuk 2 minggu saja. kemudian dia nak duduk sendiri dan mengengsot. Dan genap setahun, dia pandai melangkah untuk kali pertama. Perkembangan fizikal nya memang tak ada beza dengan anak lain. Dia sihat. Cuma sangat memilih makanan. Sehingga sekarang pun sangat memilih makanan.



Ciri ciri Ikhwan waktu awal-awal dulu (dalam umur 2 tahun setengah - 4 tahun setengah) :

Menyusun Barang
Ikhwan sangat suka susun mainan dia. Panjaaang dia susun. Ralit dia susun tu. Dan tanpa suara. Dia x suka bercakap. Diam je dia. Kalau kita tak perasan, dia tak ada tiba tiba, susah nak cari. Sebab kalau panggil pun dia tak menyahut. 

#Tarik tangan kita kalau dia nak sesuatu.
Dia akan tarik kita dan tunjuk apa dia nak. Susah dia nk keluarkan perkataan. Dan tak ada eye contact yg baik. Ada sikit je la, kebanyakannnya tak ada. Dia banyak berfikir dalam diam. Xtau apa dia fikir. 

#Aktif sangat
Dia sangat aktif. Selepas putus susu badan, dia susah tidur siang. Memang jenuh nak bg dia tido siang. Sebab telinga dia sangat sensitif bunyi. Bunyi pintu sikit je, dia dah membulatkan matanya. Haha. Sehingga sekarang pun, telinga dia sangat sensitif bunyi. Dan aktif dia masa kecik tu, semua orang surrender nak jaga. Waktu kritikal aktif adalah masa umur 2 tahun setengah hingga 4 tahun. 

#Deria bunyi dan Deria Rasa sangat sensitif
Kalau makanan jenis berbau, dia tak nak makan. Terutamanya mangga dan benda bau masam-masam. Langsung tak suka. Kalau ada mangga depan dia waktu dia nak makan, dia akan suruh alihkan makanan tu. Nak tak nak, memang kena alihkan lah, kalau tidak, dia pulak tak makan. Untuk deria bunyi pulak, kalau kita bawak tempat bunyi kuat, dia akan tutup telinga. Macam bunyi tu sangat menyakitkan telinga dia. Sekarang masih ada sensory rasa ni. 

#Mengulang perkataan
Waktu dia pandai bercakap sikit-sikit, dia banyak meniru perkataan kita. Tak tahu la, dia faham atau tak perkataan tu. Cth, ikhwan nak apa? Dia akan jawab ' Ikhwan nak apa?'. Hehe.
Sehingga sekarang ada lagi pengulangan dia. Terutamanya untuk soalan berfikir. Seperti Kenapa? bila?

#Meniru perbuatan
Dulu, saya takut dia tgk apa apa. Sebab nanti dia akan tiru. Sangat obvious tiru. Dia bab visual ni, macam mesen fotostat. Lekat kat otak kekal maybe.

#Tantrum menangis menjerit
Memang dulu, sangat teruk tantrum dia. Lama kelamaan makin hilang. Sekarang ada lagi tantrum, tapi sikit je la.

#Tak takut bahaya
Memang tak takut apa. Menonong jalan, lupa mak ayah dah kemana, 


Nanti saya sambung lagi part 2. Jemput share post ni. Dan boleh tinggalkan komen jika ada apa apa perkongsian tuan/puan semua. Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.