Posts

Showing posts from July, 2017

Unik Autism

Anak autisme memang boleh belajar seperti anak-anak tipikal. IQ mereka tinggi(berbanding dgn pljr bermasalah pembelajaran yg lain, kadangkala melebihi paras normal) tetapi EQ mereka tidak stabil.  
Jika mereka ada sekali masalah adhd atau add atau behavior atau global delay atau speech delay(non verbal atau limited verbal), maka di situ isu akan timbul di mana pembelajaran tak dapat ditingkatkan DENGAN MUDAH (WALAUPUN TIDAK MUSTAHIL) kerana kurang penumpuan, mudah terganggu dengan persekitaran, mudah hilang minat terhadap subjek yang tidak digemari, tidak mahu ikut arahan, berkeras untuk kekal dengan rutin dan perkara yg diminati sahaja, tidak faham arahan, tidak faham dengan soalan berbentuk kefahaman dan analisa, ada yang agresif, ada yg defensif, ada yang mudah tantrum atau meltdown, motor kasar/halus yg lemah, ada yg keyakinan diri yg rendah, ada yg bermasalah tidak lawas pembuangan najis, ada yg blm bebas diaper, isu sensori integrasi, tidak/kurang sabar, self-centered, kurang sim…

Today is better than yesterday

Image
Jom mulakan hari kita semua dengan sesuatu yg POSITIF

Caj diri kita setiap pagi dengan:
Istighfar
Selawat
Doa
Zikir mathurat
Surah Yasin


Push yourself to the limit
Don’t give up when you still have something to give. 
Nothing is really over until the moment you stop trying

What a lovely Monday morning.. Alhamdulillah..Smileeeee
And keep on smiling... and the world will smiles with you..

..today is better than yesterday..InsyaAllah..








Nini Master Coordinator Shaklee =) 

Najis tersumbat. Boleh ada gas bawa maut.

Image
Jarang orang tau, sebenarnya nutrien daripada makanan kita akan diserap melalui USUS KECIL. Usus kecil akan tapis mana perlu untuk body. Selebihnya tu dia akan pass ke usus besar untuk dibuang menjadi najis. 
.
Jadi, kalau usus kecil kita tak pernah kita servis, iaitu, tak pernah kita makan makanan yang boleh detox atau bersihkan usus dari sisa sisa minyak lama, maka nutrien untuk makanan yang kita baru makan tu, tak boleh di serap dengan baik. Maka selepas 3 hari, ia akan dibawa ke usus besar untuk di buang.
Sayang kan. Makan hanya untuk kenyang. Tapi tak dapat apa apa. Jadi najis je. Nutrien tak dapat diserap. Sebab? Usus kecil penuh sisa minyak lama yang tak diservis. 

Bayangkan kita isi makanan dalam botol. Bila kita lalukan air untuk basuh, masih ada melekat di dinding botol kan. So, kita nak berus dengan pemberus atau paling lurang, goncangkan air bersama sabun. Kan. Untuk buang sisa minyak. Lebih bersih. Najis tersumbat kalau sembelit pun bahaya. Ada gas dia. Dan ada yang maut…

Tips COD barang niaga. Kepada seller dan buyer.

Image
saya membebel di link ni (klik sini)
Ramai yang keliru dengan perkataan COD. Ni saya nak sahre sikit apa saya tau tentang COD>


COD ni short term kepad (cash on delivery) maknanya, buyer bayar harga barang pada waktu barang tu sampai ke tangan dia. Maknanya, at one time, barang dan duit bertukar tangan. 


Tapi, zaman online sekarang ni, ada yang lebih berjaga-jaga dan berhati-hati. Ada seller yang mintak buyer bank in terlebih dahulu, baru barang tu di hantar. So itu pun dikira sebagai COD. Cuma duit dibayar awal atas sebab keselamatan. seller tak nak pegang duit banyak dalam satu satu masa dia COD barang. 

Maybe barang tu bernilai mahal atau banyak tempat seller nak pergi. Atau seller nak ada transaksi dalam talian untuk memudahkan rekod dalam fail. Takyah kira duit satu satu dah. 

ok.


Kita pergi pada tips kepada seller waktu nak COD:

1. Cari tempat COD yang mudah dijumpai/ ramai orang, dan senang nak parking.


2. Berteman, jika kita nak cod barang kepada berlainan jantina. (ini untuk lebih…

Pilih makanan, beza lelaki dan perempuan

Image
Banyak bezanya lelaki dan perempuan. 
Tak payah pergi jauh.  Kita perhati cara beli makanan kat kafe pun dah begitu banyak perbezaan yang dapat dikesan. 
.
1. Pinggan/bekas yang dipilih. 
Orang lelaki akan ambil je pinggan yang paling mudah dia capai dan terus menuju ke tempat nasi. 
Orang perempuan biasanya dia takkan ambil pinggan yang atas sekali sebab pekedai biasanya akan letak kain lap pinggan kat situ. (Walhal dia lap juga pinggan tu dengan kain tu karang).  Lepas dia ambil pinggan,  dia akan angkat pinggan tu tinggi sikit dan tengok kot pinggan tu ada sompek ke, ada bintik bintik hitam ke, ada kesan minyak ke. Selagi tak keluar bunyi menciutkan,  dia akan terus memilih pinggan. Sedangkan pada ketika tu maybe lelaki yang ambil pinggan sebelah dia tadi tu dah masuk suapan ke lapan. 

2. Kepayahan menyukat nasi di perut sendiri. 
Orang lelaki dia nampak je senduk,  dia tekan je ke kedalaman maksimum yang senduk tu boleh capai,  kaut dan lepuk dalam pinggan. Settle. 
Orang perempuan dia aka…

Kreativiti terdesak: Bisnes gaya Nini Muhammad.

Image
ini selamat la sikit. Hehe
.


Sebelum ni saya pernah buat dah review ni. Benda untuk memudahkan dan jimatkan masa. Gunakan teknologi yang ada. Sebab , bagi saya, guna keyboard ni menulis boleh lebih laju berbanding touch skrin. Tu bagi saya la. 


Hari ni nak COD shaklee di Pasir Mas. So ambik peluang walau ada 10-15 minit masa menunggu customer, utnuk menaip review ni di blog ni. 


Macam mana nak buat supaya boleh attach keyboard dan menaip dengan mudah?


1. Beli smart spider ni 
- Saya beli kat kedai RM2. Hihi. Kalau longgar tempat bebola dia tu, letak la apa apa kertas kat bebola dia. Haha. Memang kena kreatif la. 




2. Beli usb attach keyboard
- Saya beli Rm10. 





3. Ada keyboard Ni ambik la keyboard pc tu. Haha. Senang kan. 

So, taraaa....sambil asben drive, boleh la siap satu entry. Haha. Memang betul, masa sangat penting. Idea pun datang bila bila masa, kita terus je tulis. Di FB atau blog. Mana-mana mudah.

Cabaran guna ni bila ada anak ramai dengan kita. Tu lain la pulak kesnya. =)

Bisnes ini per…

Omega untuk anak dan mak ayah

Image
hari ni hari rabu. nak COD shaklee di Pasir Mas. Orang nak Omega dan garlic. Suami dia makan untuk tenangkan body. Biasa sebab terlalu penat, darah pun mula naik. SO, lepas makan omega dan garlic ni, nampaknya lebih stabil dah emosi dan darahnya. Dia nak teruskan lagi makan omega dan garlic tu, sebab ada kesan best.


Saya pun biasa sebulan tak putus beli omega. Sebab sekeluarga makan omega tu. Anak saya makan omega tu dari dia umur setahun lebih. Dah lama tak kena demam yang sampai lelah.


Omega ni bagus sungguh. Dia punya best tu bagus juga untuk mak ayah yang selalu semput layan anak aktif. Haha. Makan la kasi tenang.



Anak autistic kami ni, omega je la dia layan. Yang jenis air air apa pun tak mau. Bagus dah. Sebab doktor pun suggest dia makan omega 3. 
Inilah dia Omega 3 shaklee

Kita.... Susah sikit je, bising dah.

Image
Bisnes, adalah untuk orang yang faham. Berjuang tu bukan mudah. Tapi, ada janji jaya kalau usaha. Apa bisnes sekalipun, ada perit dia.
.
.
Kita tengok Dato' Vida kaya raya sebab bisnes dia. Tapi dibalik itu, usaha dia bukan mcm kita. Kita ni, susah sikit je, dah bising. Payah sikit nak close sale, dah mula gelong. Belajar hanya bila free. Bila rasa nak. Selebihnya, hidup tenang lah walau itu ini mencabar.
.
.
Kejayaan, apa jua bidang pun bukan terus dapat. Kena ada pelaburan hati perasaan, tenaga, mental. Bukan sekadar kata 'saya nak buat bisnes, saya nak berjaya." Tapi, bila hari esok lusa, entah apa dipikir. Golek golek masuk duit?
.
.
Pencuri pun kena bekerja. Kan. Saya train ramai orang. Dan dalam tu, banyak keletah. Ada yang begini dan begitu. Tapi saya takkan berhenti train. Mereka yang akan saya jumpa next, adalah orang yang tepat. Kita tak tahu siapa. Yang penting, kita buat kerja. 

Saya dulu bukan minat berniaga pun. Masa darjah 3, saya pernah beli stiker untuk dijual di…

Rasa down dalam bisnes

Image
Ada satu waktu, tahun 2016 dulu. Saya kira waktu tu waktu genting. Sebab semua bisnes nampaknya sedang 'struggle'. Mungkin sebab pelaksanaan Gst yang buat orang 'serabut'. Atau kedengaran macam-macam kemungkinan yang sangat seram bab keperluan harian. 

Ramai kawan saya yang juga bisnes datang luah perasaan. Stuck la. Tak tau nak buat apa. Motivate la aku sikit.


Oh, sesekali, kita kena fikir jauh. Stuck bukan semata-mata motivasi. Tapi, stuck juga boleh jadi sebab:
-.'rasa hati kita pada orang lain' -.'Minda complicated, fikir tanpa ada jalan yang nampak solusi' bercampur baur fikiran. Sekejap fikir komitmen, sekejap fikir penat, sekejap fikir kenapa aku yang kena hadap situasi ni?' -.'Rasa kosong sebab lack/kurang daya saing dalam skill dan strategy' -.'tak ada kebersamaan untuk saing ganding bahu, feeling lonely. Mula rasa tak berguna'

Semua tu, saya juga pernah lalu. oh..nak lalui hidup bukan perkara mudah. Nampak saja kita bekerja dapat …

AUTISM Asperger TRAVEL: 3 cara tenangkan anak tantrum

Image
Anak autism asperger ni, adalah seorang yang mudah faham kalau ada pengajaran dalam bentuk 'gambar'. Biasa nya ada di papan iklan, dalam flight, dalam bas, sepanjang jalan. Mereka belajar dari itu. Kadang-kadang, di hari yg lain dah, dia boleh tanya apa makna sigboard yang dia nampak tepi jalan hari tu? Umi pun pening pikir. Mana satu sign board yang dia maksudkan. Sebab bukan 1 signboard yang umi pernah lalu dengan dia sepanjang beberapa hari tu. Maka, kalau tak ada jawapan yang menepati apa dia nak tahu, mula la nanges. Cakap umi tak good la, membebel la sepanjang hari itu. Kikiki


. Tapi, itu fun and enjoyable buat kami. Kalau xde suara menangis dan membebel, mula la kami teringat dia. Hehe.
. DISIPLIN ANAK AUTISM  SANGAT STRICT. Ini saya share kisah Ikhwan sepanjang kami berjalan di Jepun may 2017.
 Antaranya:

1. SUSUN BEG, BERATUR Waktu nak cek in luggage, kena beratur. Jadi , dia tengok keadaan beratur tu. Semua orang buat. Maka, dia pun disiplin tengok orang beratur, dia j…

Berbaloi ke pergi DISNEYLAND?

Image
Kami pergi Jepun tengah mei 2017.
Seronok sangat. 8 hari rasa sekejap je.  Apa ya feeling best kat sana? Nanti saya share sikit-sikit.  Kami ada dua cerita. Satu dari saya, yang naik bas bersama group company. Satu lagi kisah suami saya bawak anak berdua pergi jalan di Jepun.

Nanti kami share ;)
Untuk posting hari ni, saya just nak share berkaitan pergi Disneyland. 

Kami dah pergi 2 Disneyland.  - di Orlando, USA. Dan Jepun. 
Di dunia ni ada 6 Disneyland
- orlando - california - japan - hong kong - Paris - Satu lagi lupa. Haha.
Di orlando best sikit sebab boleh jalan tengok dia punya Negara buatan tu. Boleh la bergambar. Nak naik mainan, jenuh beratur. Disnenyland Orlando adalah yang TERBESAR. 









Pada saya la, Disneyland hanya tempat untuk bergambar dan untuk dapat satu penglaman dah sampai Disneyland. Sebab di dunia ni, ada 6 je Disneyland. So, kalau dah sampai negara yang ada Disneyland, patutlah kena bergambar di tempat tu kan. Baru boleh masukkan dalam list kita dah sampai Disnyelan…

Anak kedua, dirancang atau kebetulan? Kaedah bentuk anak kedua hebat.

Image
Alhamdulillah, sudah lama saya pendam nak tulis pasal ni. Sebab hati masih rasa belum kuat. Saya ada 3 orang anak. Dan masing-masing berlainan karakter. Diorang masih kecik lagi, tapi kita dah boleh nampak dah sikit perangai masing-masing. 


Tapi, itulah warna-warni hidup berkeluarga. Ada anak begitu-begini, bukannya ia buruk atau baik. Tapi, di sebaliknya ada hikmah. 


Anak kedua, biasanya kejadian 'ter' atau 'planned supaya si sulung ada kawan" atau memang juga niat untuk dapat anak kedua ketiga dan seterusnya. Cuma rata-rata ada yang silap niat waktu nak ada anak kedua. Meh kita imbau kembali =) Imbau sorang-sorang la ya. Takkan nak cerita. kikiki


Keadaan tu lah yg membentuk diri mereka ni. Bukan saja-saja terjadi sesuatu tu tanpa sebab. Sebab tu, kita dinasihatkan imbau balik setiap kelahiran anak-anak kita. Untuk kita plan pembentukan mereka untuk membesar dengan baik. Kalau niat dulu, ada sedikit terpesong, maka, istighfarlah dan mintak Allah bantu supaya, anak ni ad…

Perempuan beranak dan bagi susu.

Image
Perempuan ni, masa umur remaja, kulit berjerawat sebab perubahan hormon. Biasalah, masa sekolah menengah, borak dengan kawan isu pencuci muka. Sebab kulit mula naik biji-biji. Tambahan pulak baru datang period. Hormon sudah berubah.


Kalau dah kahwin pulak, hormon berubah juga. Mungkin sebab sudah ada interaksi suami isteri yang membuatkan biologi perempuan itu sedikit berubah. Sejauh mana ia berubah, wallahua'lam. Nanti ada info baru, boleh saya tulis lagi. Biasa kalau masa belum kahwin, period gelong, kadang-kadang, selepas kahwin, period jadi teratur. Kalau sebelum kahwin, ada senggugut maha hebat, selepas kahwin tup tup hilang senggugut. Ada juga sebelum kahwin, muka kusam, jerawat banyak, tapi selepas kahwin, dah lain macam kulitnya,  Itu adakah kebetulan? atau ada keadaan lain yang menyebabkan ia berlaku? Nanti ada info, kita sahring lagi bab ni. 

Perempuan kalau mengandung, hormon nya pun berubah lagi. Ada yang waktu mengandung, kulit jadi naik biji gatal penuh badan. Ada kuli…

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.

Image
Fuhh. Selesai dah untuk anak Pasti beraya hari ni. Masak dalam 2 kg juga nasi. Ayam 2 ekor. Tapi agak lembik pulak nasinya. Ayooo. Acane boleh terlajak air pulaks ni chef oii.  .
Ni nak cerita bab 'sensory' Ikhwan. 
Dia dari kecik, sangat aktif. Masa dah pandai jalan tu kan, kita lepaskan dia jalan sendiri tu, kira enjin turbo. Berdesup jalan tanpa break. Juga tanpa side mirror dan cermin padnang belakang. Dia jalan je ikut kaki dia.

Sensory audio Saya perasan sensory audio dia ni masa umur dia 4 tahun. Masa ni baru nampak ketara dia tutup telinga kalau ada bunyi kuat. Pada mulanya saya ingatkan itu perkara biasa. Tapi bila saya kaji, ooo betulla. Sensory budak autism banyak lack. Deria rasa belum matang. 

Lepas saya tau bahawa, menutup telinga dengan muka berkerut tu adalah tanda masalah sensory audio, baru saya ingat. Waktu kecik dulu, dia pantang dengan bunyi. Walau slow se slow bunyi pintu ditutup. Mata dia akan automatik celik walaupun waktu tu dia tengah tido. 

Maka saya bawak …

Orang bisnes menunjuk untuk riak?

Image
#Bisnes #pernah #NAIK, #pernah #JATUH?

Lama sangat dah saya rasa tak tulis pasal bisnes. Sebab awal Ramadhan hari tu, ada masalah kejang jari dan pergelangan tangan. Tak ada la teruk mana. Cuma, nak menaip tu, rasa mood kelaut china selatan. Haha
. Bisnes. Saya banyak follow rakan-rakan FB yang berbisnes. Tak kisahla bisnes apa pun, tapi saya nak tengok keperibadian dan macam mana la dia boleh berjaya. Boleh bagi mak ayah RM1000 sebulan tu sudah sangat baik walaupun mak ayah tak mintak pun. Tapi, kalau diberi RM1000, mahu sengih juga mak ayah kita kan.  .
Masyarakat kita sekarang ni jenis pelik jugak. Tengok berjaya je, nak test dulu. Tunggu la tahun depan, jatuh la tu. Perasaan apa tak tau. Tapi itulah resamnya. Orang tak suka bab 'ajak- ajak' atau 'tunjuk-tunjuk'.
Bukak kedai/HQ, dirasa menunjuk. Rasa hebat Bg duit mak ayah RM1000, rasa riak. Buat rumah banglo, rasa ' alaa, perlu ke tunjuk pada umum?
Kawan, bisnes ni macam kita belajar dulu juga. Dengar kejayaan orang ni …

Ciri Autisme Asperger - part 2

Ikhwan ni kanak-kanak autism kategori asperger. Dari segi IQ dia adalah on average, malah ada juga yang dia lebih baik dari anak-anak yang normal. Yang lebih tinggi dari anak normal tu, kita panggil asperger high function. 
Ni ada link video, orang explen keadaan orang asperger dalam classroom

https://www.facebook.com/101341536125/videos/10151334778561126/


Hanya kelakuan dan komunikasi yang jadi isunya. Itu sahaja kelemahan ikhwan. Inilah keadaan yang masyarakat susah terima. Jarang orang tanya, budak jenis ni, kat sekolah, pandai ke? Dah pandai baca? kira? Sebab dirasa macam budak macam tu takkan belajar dengan baik.
Asbab masalah kelakuan dan komunikasi nilah, faktor kepada banyak cabang lagi di sekolah.
Macam mana dia nak bergaul dengan rakan yang pelik dan pening dengan cara dia berkomunikasi? Ada kawan tak dia nanti? Sebab memang sehingga sekarang, kawan dia sekejap sekejap je boleh. Sebab makin lama, Ikhwan mula pelik perangai. Haha.

Ikhwan punya style bergurau, kita nak kata jeni…

Perempuan selalu complicated?

Image
Alhamdulillah, dah lepas sambut raya. Masing masing juga dah masuk back to routine. Yang bekerja dah bekerja, yang cuti masak , sudah kena masak. Haha ☺☺☺ Alaa, rilek ar.. Hujung minggu ni kita gi raya lagi ya. Kih kih


Menjelang beberapa hari nak raya hari tu, di Facebook tu, macam macam perkongsian kisah yang kita baca. Isu macam-macam.
- Menantu hantu. Balik rumah goyang kaki.
- Ipar duai pemalas. Aku sorang je yang duk dapur masak
- Jalan jem
- Biskut raya alaf baru bentuk ulat.
- Budak budak datang rumah orang,  buat sepah macam hantu saja.


Ikutkan, banyak lagi la kalau nak tulis. Macam-macam isu. Bagus juga la. Tak adalah media socail tu sekadar apa je kan. Baik yg ada sharing ilmu manfaat. Best juga baca buat pedoman.


Ok, berbalik pada tajuk. Perempuan ni selalu complicated ke? Sebab apa ya?



Saya pun perempuan. kadang-kadang kita fikir lebih-lebih sangat tambah tambah kalau ada masalah. Terus bersambung. Sampai asben mintak buat air pun dah jadi perkara berat macam kena banting t…

Best kerja dari rumah?

Image
Hari ni pagi-pagi, hirup udara segar kat luar rumah. Kereta motor, van, bas sudah lalu lalang di jalan. Sibuknya jalan depan rumahku ini ya. Ya la, laluan utama. Risau juga kalau pintu pagar terbuka. 3 meter je dengan jalan raya. Tapi seronok sebab boleh nampak ragam dan rutin harian. Jalan ni, kalau ke petangnya, mula jem. Sebab orang balik kerja. 




Saya ni, kerja juga. Cuma berbeza jenisnya. Berbeza aktiviti. Bangun pagi, siap siap solat, mandi, kemas-kemas bilik sikit, maka, ambik henfon dan keyboard, mula menaip cerita di blog. Hehe. Best gila ya kerja macam tu? Tapi ni bukan satu aktiviti saja kerja saya ni. Banyak lagi, dan kena gabung dengan kerja sebagai suri rumahtangga. Macam-mana?

RUMAH KEMAS
Saya dulu seorang perfectionist juga. Mengemas kena kemas A punya la. Sapu macam dah takkan ada habuk naik dah. Haha. Tapi sekarang, sebab kerja dari rumah, kita kerja dengan anak anak sama-sama. Biasalah budak-budak kan. Mainan sebakul tu, diorang ni main tuang je. Pastu tinggal. Grr. Tap…

USB attach keyboard dengan android

Image
Awal Ramadhan hari tu, dah mula jari dan pergelangan tangan krem dan kebas. Tak tahulah kenapa. Maka, nak pegang henfon dan menaip, memang sangat tak seronok. Mood menulis hilang bukan sebab idea tak ada, tapi sebab sakit jari. hoho. 

.

Duk fikir juga, sampai bila naka macam tu. Kan. Kita kena buat kerja. Amanah banyak lagi nk buat. Ejen ejen perlukan saya. Saya tak boleh tinggal depa lama-lama. 
.
.
Fikir dan fikir, sampailah jumpa satu cara. Nak guna keyboard. Yang boleh attach dengan henfon. Maka, dapatlah satu idea. Beli kabel ni. Sebab dia boleh sambung dengan keyboard. 

Vroooom, terus asben g beli di KB Mall. Rm10 saja. hehe




Kemudian saya ada keyboard jenis getah, boleh gulunag kalau nk bawak masuk beg. Cuma, kelemahan dia, kita taip, susah nak lekat huruf. Jadi penat pulak. 


Ni keyboard tu.


Last lastu, ku guna juga keyboard biasa. Tudiaaa. Laju menulis, sampai tak dan jari l pulak. Haha. Best. Sebab rasa dah selesai satu masalah. WSalhal benda ni patut selesai lama dah. Tapi , biasala…

AUTISME - part 1

Image
Ramai yang mesej saya sebenarnya. Ramai yang tanya saya pasal Autism.  .

Saya mcm sebak sikit sebab, di sana masih ada ibu ibu yang macam saya satu ketika dulu.Yang blur dalam keadaan kita perlu. Tak tahu kemana nak tuju. Keliru. Ini baru mak ayah yg nak tahu anak mereka. Belum kira lagi masyarakat yg belum tahu apa itu autism. Sebenarnya, saya pun tak ada banyak ilmu lagi bab AUTISM ni, cuma boleh la berkongsi base pengalaman. AUTISM ada beberapa kategori. Nanti saya share lain kali apa kategori nya. Ni saya lteak posternya saja dulu. 

. Saya tahu Ikhwan ada sedikit problem waktu umur dia 2 tahun setengah. Aktif dia lain macam, dan dia tak boleh bercakap lagi masa umur 2 tahun setengah. Dia boleh sebut 'air' masa umur dia 3 tahun. Perkembangan Ikhwan ok setakat saya tahu. Tapi, saya tak consider berkaitan dengan tempoh masa perkembangan dia. Iaitu, meniarap umur berapa bulan, berapa lama. Menjulur umur berapa dan berapa lama.

Ikhwan boleh meniarap masa umur dia 2 bulan seten…