Patutkah pergi kelas berbayar untuk bisnes

Assalamualaikum. Awal pagi Isnini 23/1/2017. 

Saya terjaga pagi tadi. Mula terfikir akan satu kelas yang saya baru nak mendaftar. Tengok harganya RM790. Terlepas pandang pada Early bird. Less RM100. Padan muka sebab tak tengok betul-betul. Kah3.

Saya masih terfikir-fikir lagi samada mahu join atau tidak. Berikutan bulan 2 ni time schedule nya amat padat.

Allahu. Bagi ku peluang dan ruang ini. Semoga kelas ni banyak memberikan input terbaik untuk ku sebarkan kepada downline semua. Allah Allah.


Bermula  2012 ku tak pernah bermentorkan orang lain yang kubayar. Semuanya buat sendiri dan merujuk mentor yang biasa ku temui (free).

Waktu menulis entry ni kan, sambil dengar video Sifu FB ADS dan Dr Azizan punya kelas. Menarik juga. 

Ada satu kisah dari Mamadil : Dia cerita bagaimana tips untuk buat bisnes betul betul adalah
- Jaga niat

- Jaga hati
- Jaga sikpa
- Hormat guru


Ada sharing dari Dexandra:
- Redha ibu bapa
- Buat sesuatu asbab ada tekanan

Nini Muhammad juga punya kisah sendiri yang mana tips adalah:
- Kenal pasti tekanan
- Feeling BIG WHY sampai rasa menangis
- Redha ibu ayah/mak ayah mertua
- Redha suami

Berniaga:
Lagi banyak kita usaha, lagi banyak kita dapat. Kita kena bayar untuk satu yang mudah. Saya usaha untuk ini. Moga Allah mudahkan impian ini =)

Selagi kita buat bisnes, kita hanya fokus pada orang yang dapat manfaat. Mesti ramai lagi yang tak nak. Dalam dunia ni, kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. Buat sebaik kita mampu. Jangan hirau dan buat tak tahu saja pada kritikan.

Berbalik kepada tajuk,  "Patutkah pergi kelas berbayar untuk bisnes" , saya rasa patut untuk dapatkan ilmu ekslusif yang memudahkan kerja kita. 

Mana tahu kan, selepas pergi, kita dapat extra energy yang boleh kita sebarkan. Nini Muhammad tak perlu fikir panjang. U bukan glamer sangat sampai orang tak boleh ambik duit u untuk kelas. Masa belajar degree dulu, bayar juga kan. Tak kisah pun..

Keputusan:
Insha Allah, sepenuh doa saya panjatkan. Saya akan pergi kelas itu. 

Biasa kan kita dengar “fail to plan is plan to fail”.

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.