Kisah teladan. Ibu bertarung nyawa untuk lahirkan zuriat


Saja nak bercerita tentang 'Positif, Kental, Yakin" . Ada saya bawakan kisah seorang mak yang survive tanggung risiko hanya sebab nak lahirkan Baby Twin nya. Ini saya tulis balik selepas kelas bersama seorang leader . Dr Saidah, Seorang Doktor perubatan yang juga Leader shaklee.

Dr Saidah berkongsi: 
Saya nak buka kisah kawan saya seorang MO anaest (doktor bius) yang beranak twin. Bersalin sekitar bayi 32 minggu dengan TTTS (twin to twin transfusion syndrome).

Kawan saya itu kecik saja orangnya. Sgt kecik. Tapi sebab pregnant twin , dia jada besar. Bukan sebab babynya besar. Tapi sbb TTTS iaitu (twin to twin transfusion syndrome).Dia polyhydramnios. (Air ketuban banyak).

Nak dijadikan cerita, kawan saya ni leaking. Tapi baby xboleh dikeluarkan lagi sebab belum matang. Kerana kawan saya tu ada polyhydramnios (air ketuban banyak),. air ketuban tukena dikeluarkan dengan cara doktor cucuk jarum dan sedut keluar air ketuban bagi cukup-cukup je dalam perut. Sebab perut menegang sangat . Dia jadi sesak nafas terruuuukkkk gilaa!

Bila perut dah susut sikit. Esoknya, jadi besar balik. Sekejap sangat keciknya. Kawan saya tu macam ada cancer. Perut besar tapi badan kecik. Berhari-hari duduk kat ward. Berhari-hari bertukar jarum kene cucuk sana sini. Berhari-hari juga sesak nafas. Tapi ape pilihan yang dia ada? TAK ADA PILIHAN. Sebab dia nak ANAK tu. Dan sebab dia nak SIHAT mcm biasa

So this one time..tiba-tiba di tengah malam. Air ketuban pecah. Perut dia sakit sangat contraction datang. Dia tak boleh nak tahan lagi. Jadi dia mintak di ceaser

Oleh sebab sangat-sangat sesak nafas dan perlukn bantuan oxygen. Maka boss pun suruh buat pembedahan.  Dia survive.. anak-anak juga survive. Tapi seorang 1.3kg dan seorang lagi hanya 800g. Dua2 intubated. (Pakai tube pernafasan)

Mak belum sihat. Anak intubated. Waktu saya pergi ziarah tengok dia macamana. Tenang saja dia. Redha.  Tak ade setitis air mata pun. Malah makin sibuk nak buat stok susu . Twin kannn..Semangat dia luar biasa.

Anak-anak dia masuk NICU (neonatal ICU) selama 2 bln. Macam-macam la jadi masa tu. 
Jangkitan paru-paru la.
Sepsia la.
Usus dia mati lah (NEC)
IVB (bleeding dalam kepala)
Retinopathy (mata tak nampak)

One by one ujian Allah bagi. Dia redha juga. Dia ambik cuti menyusu 3bln. Total 6bln dia tempuh.

Cuba bygkn..
1. Kalau kwn sy mengalah masa dia admitted sebab tak tahan azab kene cucuk kat perut dan tangan.
2. Kalau dia mengalah dan meratap nasib lepas beranak.


Jadi nak compare dengan kita ni. Yang cukup semua. Tapi asyik nak jadi pemalas. Kejap up semangat, kejap down , semangat hilang, idea hilang, tak tahu buat apa. Salahkan anak?

Rasa tak cukup masa. Salahkan anak? Tak sempat post kat fb? Salah kan masa. Semuanya lah nak salahkan orang. Why not kita dah masuk line bisnes ni. Kita buat saja. Kita tempuh saja.

Kita fikir goal kita dan cuba capai goal tu.Buat sehabis baik walaupun hingga hujung nyawa sekalipun. KUASA BIG WHY FEELING. HINGGA MENANGIS. 

Tu saje motivasi sy hari ni.. workhard people! Nothing comes easy

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.