Kenapa aku masih disini

Malam tadi, saya handle satu slot di whats apps. Slot apa tu? Nak tahu tak?

Macam ni. Dalam bisnes kami ni, ejen nya ramai sangat. Dan kami semua akan ada kelas macam-macam dalam group whatsapps. Perkongsian, cerita, nutrisi dan sebagainya. Best sagat kelas begini. tak membebankan , malah sangat inspiring. Terlalu banyak ceritera yang diluar sangkaan kita tapi terjadi kepada kawan-kawan lain.

Alhamdulillah, malam tadi, saya diberi tajuk 'KENAPA AKU MASIH DISINI", mudah katanya ialah KENAPA MASIH TEGAR DENGAN BISNES SHAKLEE?

Ini di Abu Dhabi, trip percuma shaklee bawak. 

Saya Nini Nisrin Muhammad. Fb: Nini Muhammad. Bermula bisnes shaklee selepas saya guna set hamil dan rasai kesannya.  Saya jadi ahli pada bula April 2012.  Dan menggapai puncak tertinggi rank dalam Shaklee ni, (MASTER) pada bulan November 2013. Tempoh nya selama 19 bulan. Saya surirumah. Membina legacy bijaksihat tanpa ada premis. Cabaran sentiasa ada sepanjang 5 tahun ini. Bermacam macam. Tapi saya seronok. Upline saya, Master Farihah. Sudah 2x kami travel bersama ke luar negara. Kali pertama waktu Umrah dan jalan di Dubai dan ABu Dhabi. Keduanya di Orlando , Florida US. Sepatutnya 3x tau.  (di Us california) Tapi saya tak dapat join kerana denggi . Haha. 


Dalam group saya, ada leaders saya yang hebat-hebat dimana saya menumpang semangat dari mereka. 

So saya nak share kenapa saya masih disini. Mesti ada sebabnya kan. 

Saya jumpa leader awal-awal saya yang awal saya. Pada mulanya dia hanya pelanggan. Datang rumah cari alfalfa tanpa kos pos :) Dia hebat selepas tu. Dasyat. Saya pun turut terima tempias semangat. Biasalah, waktu dia hanya customer, dia nak satu keuntungan untuk diri dia. Layan elok2. Tak musahil dia jadi leader kita. Kan. Maka jd leader dah dia. Seronok sangat kalau ingat balik. 


Kenapa ya saya masih disini. Selepas 5 tahun angin badai melanda. Aih, kalau ingat, berpusing ligat fikir. Bersilih ganti cabarannya.

=====================================

Kawan kawan. Yang baru atau yang lama. Jika kita pernah join satu group,  walaupun sekejap, kita pasti akan ingat. Jarang orang akan delete 100% kecuali mati. Walau x suka pun, tetap akan ingat.
Begitulah shaklee ni. Bertahun saya hidup dalam shaklee ni. Lewat setahun dari anak sulung saya. Masakan mudah kulupainya? Ececeh ....

Sebelum saya join shaklee, saya adalah orang terdesak. Sebab saya tak bekerja. Dan saya duduk di dalam kawasan politeknik. Satu tempat educate yang menekan saya. Kiri kanan pakai hensem smart lawa , drive kereta pergi kerja. Masa tu saya tak bekerja dan tak ada anak lagi. Sedang mengandung. Saya pun cari kerja dan cari. Tapi kenapa ek. Tak ada pun nak ambik saya kerja. 

Sehinggalah saya selalu tertekan bila balik berkumpul. Biasalah , orang kiri kanan bertanya tanya. 
Haruskah Degree cert digantung saja? Tak cari kerjakah kamoo wahai nini. Saya jadi stress kalau kaum keluarga nak datang rumah. Kalau balik kampung pun, semangat yakin diri tu ada la paras lutut. Rendahhh saja. 

Sehingga saya rasa mcm x boleh jadik ni. Kenapa semua orang memblame. 

Masa tu saya bina la minda mcm ni. "Apa... Surirumah kerja banyak apa. Mulia apa. Tak apalah x ada gaji pun. Ikhlas ja. X apalah x kaya pun" .

Pikiran tu terbentuk asbab emosi. Sebenarnya ego tu. Padahal surirumah pun ada perasaan nak beli itu ini. Kan. Saja la tipu diri sendiri.

Akhirnya saya cuba keluar dari zon itu. Cuba cari duit sendiri. Waktu tu, belum jumpa lagi dengan shaklee. Saya jumpa kerepek, cloth diapers, baju muslimah, tudung. Packing kerepek juga walau dalam pantang. Ku x sempat rehat pun. Anak tidur ku pack kerepek. \Sampai jam 2-4 pagi packing. 


SAMPAILAH saya JUMPA SHAKLEE> Mula kenal shaklee masa mengandung anak kedua⁠⁠⁠⁠. Inilah fasa nya. Mmbina tali positif. Masa tu x nampak lagi shaklee ni dapat macam-macam. Upline saya waktu tu (Master Farihah) hanya senior supervisor saja waktu tu. Tapi dia dah tak kerja rasanya masa tu. Bonus dalam RM3000. Saya nak sangat dapat mcm tu. Sebab saya agak jeles dengan rakan lain yang dah bekerja. Paling dekat, classmate saya yang sekarang duduk serumah dengan saya., ASBEN. Hahaha. 


KENAPA SAYA MASIH DISINI SEKARANG?

1. Saya ingat kesan effect shaklee pada saya. Dari segi sihat. Dan dari segi kewangan.
Di takqdirkan, anak sulung saya dikesan sebagai slow development. Macam autism. Waktu mengandung dia dulu, saya tak ambik Shaklee lagi. Saya ambik vitamin klinik kesihatan je masa tu. Asbab saya pulun buat Shaklee masa dia umur 1 tahun, masa tu belum tahu dia ada slow development (brain). Maka, waktu dia dikesan ada probelm tu waktu umur dia 3 tahun. Jelas, saya sangat bersyukur. Sebab , saya masih boleh beri dia terapi yg baik. Kelas dia RM600 sebulan di EARLY INTERVENTION PROGRAM. Terapi pulak sejam RM100. Ulang alik Perlis - Alor star (untuk terapi dia) makan kos hampir RM1000 sebulan.  

Sehingga sekarang kesyukuran saya terhadapa keadaan ini amat jelas. Terbayang-bayang. Kalaulah dulu saya x mula buat shaklee ni, , saya tak tahu adakah anak saya akan diberi terapi sebegini  atau tidak. 


2. Effect kewangan pada keluarga.
Umi saya hidup susah dari dulu lagi. kisah ni terlalu tragis kalau nak cerita. Sekarang dia makin bahagia sebab apa saja pun dia boleh dapat dah sekarang. Kesiahatan pun bertambah baik. Dan saya pun dah balik kampung , untuk jenguk-jenguk dia setiap hari. Inilah waktu yang saya impikan suatu waktu dulu. Allahu. Macam mana saya nak kata saya tak boleh bertahan kan? Sebab macam-macam dah saya dapat. Allah bagi peluang untuk saya bawak Umi saya ke Mekah. Buat Umrah. Tegur Rasulullah. Beri salam. Lambai Kaabah. Terbesar-besar impian. 


Ok. Bertahan saya ada banyak sebab. Bertahan kita semua pun mesti ada sebab. Waktu kita mula bisnes. mesti kita ada sebab. Waktu bertahan pun sebab itulah yang kita kena muhasabah. Lagi lagi kalau sebab yang kita nak dulu sudah tercapai asbab Shaklee.



3. Saya dulu nak sgt RM3000.
Sebab nak kereta. Masa tu saya belum mahir bab CAR BONUS SHAKLEE tu. Saya hanya tahu, nak kereta. Tengok. Gila aku tampal semua ni kat dinding. sebab apa nak kereta? Sebab. kereta kami iswara tahun 1995. Bawak merentas highway Perlis- Kajang dan Perlis-Kelantan. Nak naik bukit punya la struggle. Takut ia kebelakang. Haha. Gerak selepas sejam kena stop dan simbah air. Sebab enjin panas. Kang meletop. Aircond xde. Saya guna kipas kecik tu je. Pasang kipas kat anak. Kesian dia. Panas. 

Ada sekali tu, Pendesak terbesar saya. Kereta tu mati kat hutan jeli. Masa nak naik bukit grik. Hoho. Waktu dah nak mala. Nak repair kena beli sparepart. Maka, x boelh balik la kami malam tu, Tukang repair tu hantar kami masuk Jeli Inn. Masa tu lepas raya. Biasala kan, raya ni dah guna banyak duit. sekali kena repair kereta pulak. masa tu baru supervisor. dapat bonus acah2 mahu simpan. Dah suri rumah kan. Haha 

Habes Rm800 repair kereta. Tukar apa ntah. Bermalam kat jeli inn tepi mrsm tu kena RM80. Sebelum tu dah godek duit buat raya. Balik dari raya tu la saya kata, saya nk bonus RM3000 macam k eha Upline Shaklee saya. 

Sebab tu bila kita rasa give up ke apa ke. Hayati balik kisahnya. Kenapa kita mula. Apa sebab kita mula. Saya x fikir besar sgt pun masa tu. Masa mula shaklee, BIG WHY saya ialah RM3000. Saya xde big why nak rumah semua tu lagi. Saya hanya ada 1 stress , 1 sedih, 1 sayang mak, dan nak RM3000. Agaknya besar mana la big why tu masa tu. RM3000 dan mak saya. Hingga sekarang pun, mak saya adalah big why saya paling besar. Kereta tu, saya nak sebab nak balik kampung jenguk mak. 

Nak bertahan BUKAN sebab BIG WHY YANG TINGGI. Tapi sebab feeling WHY kita. Feeling sampai kita nanges. Dulu big why saya bawak mak saya g umrah. Saya yg akan bawak. Saya. Mesti saya. Buat malu je . Mak jaga saya kecik-kecik dulu sorang-sorang macam orang gila, Saya nk buat tu sikit pun xboleh. Big why tu kita kena feeling. sebab ia akan jd asbab bertahan kita. Kalau tak jumpa lagi, tolonglah cari.


4. Asbab bertahan ialah downline saya.
Saya nak inspire mereka. Saya tak nak lepas saya ajak mereka bisnes sebab begini begini. Alih alih bila datang ujian, saya yg lari keluar.

Saya anggap mereka mcm anak anak saya. Sayang nya sy pada mereka tu feeling dia tak dapat diungkap. Mereka semangat saya , dan asbab mereka juga saya perlu lebih berjaya. Saya nak jd macam "sumber inspirasi" muslimah. Rasa macam, kalau berjaya kan, ramai orang akan ikut dan jd baik.  Byk pahala dia.

5. Sebab saya sayang Upline saya.
Kadang2 kalau ingt upline saya, saya boleh menangis. Walaupun saya mula dulu, dia baru senior supervisor, tapi sy ikut je dia. Saya x tgk upline lain. Rasa nak pergi ke upline lain jauh sekali lah.


6. Sebab bertahan juga datang dari company. 
Company shaklee yg byk memberi peluang dan ruang. Shaklee punya memudahkan ejen dia. Saya ingat waktu sy mula bisnes, kami hanya boleh order melalui emel dan telefon. skrg ada apa? Boleh order melalui whatsapps dan juga sistem.  Dulu nak cek UV kena call atau pergi branch. Atau fax.

Saya siap beli mesin fax sebab saya duduk perlis. Ada orang kata, x boleh bertahan sebab duduk jauh dari branch. Tapi, saya sepanjang mula shaklee ni sy duduk perlis nun jauh sempadan thailand. Branch paling dekat penang. 2 jam lebih nak sampai. Dengan kereta aku mcm tu mau 5 jam⁠⁠⁠⁠. Jadi, asbab bertahan saya ialah company yg dari dulu berusaha utk memudahkan ejen nya. REWARD2 yang terbaik. Umrah, jalan trip, car bonus bentuk cash, semua tu berbeza dgn company lain.

HQ shaklee ni kan, kita nak beli 1 herbal blend pun depa packingkan. Siap boleh guna kad kredit atau debit melalui online lagi. Kad kredit caj je rm27 harga herbal blend tu. Sebab saya pernah je dpt tau, satu company ni. Nak beli guna kad kredit kena RM1000 ke atas. Kalau nak HQ dia pos, kena beli RM600 ke atas.

Shaklee byk bantu saya. surirumah yg nk drive g poslaju pun x boleh. Shaklee la tolong.

Sistem shaklee ni kan ajar kita berdikari. Bukan jenis mlm yang kalau nak beli sikit, upline kena bagi barang dia. Sebab hq nya xleh pos sikit.  Maka ia membebankan upline. bisnes ni kan bisnes kita. So shaklee ajar kita :)


ISU:
Ada orang akan kata, kenapa ada je orang stop walaupun rank dh tinggi.
Kenapa kita nak fikir soalan tu kan. Ada la sebab dia. Mungkin x sayang downline dia. Mungkin sebab dah byk duit, rasa malas, rasa dah capai segala impian. Tak payah pelik dgn orang yg pergi. Orang boleh cipta mcm mcm alasan kalau dia dah x nak. Kita ni, bina alasan kita utk stay. cari big why kita. Sebab bukan mereka yg stop tu yg akan bg kita apa apa.

Kenapa ramai je sid yg kutuk shaklee?
Itu masalah mereka. Ada lah tu prblem stress keluarga. Kita tak tahu hidup mereka. kan beza2. Sorang pendapat begini. Tak smeua pun rasa begitu.

Ada orang sebut, shaklee ni kayakan upline. 
Maka dia pun stop. Saya bertahan dan naik. Saya dan upline saya keduanya master. ada seorang kawan saya. Dah master, tapi, Upline dia x master pun. Boleh je kan. Dalam shaklee ni boleh pintas sapa saja. So xde alasan tu pun. Yang penting usaha kita tu setara sapa.

Ada yg pernah fikir, dah buat ni dpt uv kat upline. Tolong la buang. Banyak lg kerja nak buat. Beli ni nanti upline dpt uv. UPLINE PUNYA SIANG MALAM MENGAJAR, ADA KITA FIKIR? Dah beli beras, petani dpt duit. BERKIRA? Nak guna toilet awam, takut nanti penjaga dia dapat duit. Maka, balik membuang dirumah? Haha. Jem fikiran begini.

Kita hidup masyarakat . Ada memberi ada menerima. itu fitrah dah. kalau semua nak buat sndiri x nk bg sapa2 dpt tempias, kena la jd tarzan. duduk dlm hutan. tanam beras, tanam pisang..baju lilit daun.

Ada org kata ambik kesempatan. ha sudah. Semua prblem lah. Mentor ajar bisnes pun dirasa ambik kesempatan. so pandai2 la kita bina pemahaman kita. ajar pd siapa yg nk join kita nanti. alahai.



Okey ya. Saya rumuskan. SEBAB BERTAHAN :
big why
downline
upline
company
kualiti
sistem


Akhir kata

Saya masih ada byk impian. sy akan trus langkah walaupun apa saja cabaran dtg. orang boleh pergi. dan orang pun boleh dtg. bukankah manusia sentiasa membiak?


moga kita smua success sentiasa dibawah lindungan Allah. Teruskan usaha kita spread kebaikan shaklee. Dan feelinglah big why dan shaklee effect. Bersyukurlah dengan ladang pahala ini. Orang kembali sihat selepas cuba ini dan itu. Mesti ada ganjarannya. jgn pandang kiri kanan gaubg gaung tu. jalan je fokus matlamat kita. Rasa gelong je , ingt Allah ingat upline.


Alhamdulillah . Stay fokus. gud luck. Tahun ni nak ke jepun .

Comments

  1. Perkongsian yg menarik ..tq master nini 😘

    ReplyDelete
  2. Terharu bab kereta tu..saya dulu pun p kuin bawa PER. Mak kat belakang mesti ada. Sbb sebelah ada pomen..standby. tq master nini

    ReplyDelete
  3. Tq kepada yang respon. insha allah, kita akan cemerlang jika ada BIG WHY

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.