Hak orang lain dalam rezeki kita




Power bank rosak. Maknanya, kena beli powerbank baru lah tu. Maka , kenalah keluarkan duit kan? Nak membeli, begitulah. Tak bagi duit, ada ke dapat barang?  

Banyak betul rezeki bersama dalam income kita. Kan? Begitulah hidup kita ni. Ada orang jenis fikir begini. 

"tak nak beli la dari orang tu, sebab dia kan dah kaya. Aku beli, aku buat dia lagi kaya". 

Orang yang ada mentaliti begini, sesuai hidup dalam hutan seperti zaman batu dulu tu. Nak makan ikan, pergi tangkap ikan. Nak makan sayur, tanamlah sayur.


Sahabat-sahabat semua.
Dalam setiap detikan nafas kita ni, Allah dah kata, dalam rezeki kita ada hak orang lain sama. Kenapa kita nak nafikan itu. Hatta, kita mati nanti pun, ada rezeki orang lain sama. Penggali kubur, kain kapan, kapur barus, semua tu kena beli. Takkan itu pun kita nak berkira kan? Rawat hati kita.




Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.