Bisnes susah?

COPY SAHAJA KEJAYAAN ITU


Setiap bisnes ada cara permainannya tersendiri. 


Jadi cara mudah untuk berjaya, tiru sahaja model kejayaan mereka yang telahpun terbukti berjaya dalam bisnes yang kita jalankan.


Ibarat tayar yang bulat itu sudah berfungsi dengan baik. Maka kita tak perlu lagi perah otak untuk fikir tayar dalam bentuk lain yang kononnya nak nampak berbeza dari tayar sedia ada. Lebih baik ambil dan pasang sahaja di kereta kita dan terus jalan! Yang penting kita dapat sampai ke destinasi yang nak dituju.


Ia menjimatkan masa!


Jadi guru terbaik dalam bisnes ialah mereka yang telahpun terbukti berjaya dalam bisnes yang kita lakukan. Kita tak perlu perah otak, sebaliknya COPY sahaja kejayaan itu.


TUNGGU MASA TERBAIK? 
Bagi yang baru nak bermula bisnes, jangan tunggu 'waktu" terbaik sebab pakar bisnes yang bertaraf dunia pun tak tahu bila waktu terbaik.
Kita hanya akan tahu waktu terbaik tu bila waktu tu dah terlepas. Selepas kita duduk dalam keterdesakan yang amat.
Cara yang betul, mulakan dulu walaupun nampak rendah sangat caranya. Lepas tu baru kita belajar untuk lebih faham keadaannya.

SENANG ATAU SUSAH?
Semua benda akan jadi senang bila ada ilmu. Semua benda jadi susah bila tak ada ilmu.
Jadi kalau nak mulakan sesuatu bisnes, jangan tanya bisnes tu senang atau susah. Apa-apa bisnes pun ada orang berjaya. Senang atau susah bukan pada bisnes itu, tetapi ilmu kita tentang bisnes itu sendiri.

Jadi kalau tak ada ilmu, ubatnya ialah pergi belajar!

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.