5 tips ke mekah

assalamualaikum, hari ini saya nak berkongsi tips ke mekah yang saya sendiri tulis untuk manfaat sahabat-sahabat semua. 

saya bukan ustazah, jadi tak mampu menulis berkenaan hukum hakam semua. ini hanya penulisan berbentuk 'tips'


di sini ada beberapa tips atau ilmu sedikit yang saya ingin kongsikan buat kita semua bakal tetamu Allah.


jika ada salah silap, mohon dimaafkan 



saya hanya berkongsi. 


====================================
1. Tips call anak2 waktu di mekah madinah:
====================================


waktu travel hari tu, saya tidak ada melanggan apa-apa jenis line internet mahupun beli simkad tempatan sana. Saya hanya ada wifi apabila berada di kawasan/bilik hotel. Waktu itulah saya menghantar voice whats apps kepada orang yang menjaga anak-anak saya.

Mereka juga merekod suara anak-anak saya dan menghantarnya kepada saya sebagai bahan pelepas kerinduan. 
saya ada baby berumur 8 bulan. kami (saya dan pengasuh baby) berbalas video yang kami rekod. hantar melalui whats apps juga. saya juga hantar video untuk di tunjukkan pada baby.

Jadi, lihat kan? amat jimat di situ. Sebab ada yg buat calling sampai Rm1000 pun ada. jika guna sim kad tempatan sana pun, masih mahal berbanding cara yang saya tunjukkan ini. Hanya menggunakan whats apps atau boleh juga menggunakan facebook video call. 

Namun, lain orang lain cara. ada juga yang lebih selesa bercakap terus sebab boleh terus dengar dan jawab. wink emoticonmasing masing punya pilihan. itu tips yg paling jimat la saya bagi tu. hehemasing masing punya pilihan. 


sewaktu di sana, saya sentiasa mengambil video suasana di sana. untuk  ditunjukkan kepada anak-anak.

saya ada ambik video kaabah , dan pengasuh tunjuk pada anak-anak. teruja juga mereka. .

ikhwan cakap "umi pergi labbaikallah kat situ ke?" mana abi? mana tok ayah? " gembira mereka wink emoticonsiap cakap, nanti ikhwan nak pergi sana juga. dan masa tu, saya dengar masa saya di sana. terus doakan mereka. alhamdulillah.


===================================================
2. tips beli makanan murah di mekah jika hotel kita agak jauh
===================================================





jarak jauhnya hotel bagi saya ialah apabila kita memerlukan #0 minit ke atas untuk perjalanan pergi dan balik.


kami pertama kali pergi ke mekah dulu (tahun 2014), hotel yg kami inap agak jauh. jadi ia mengambil masa untuk balik hotel. Balik pun sebenarnya untuk tujuan makan saja. selepas makan, terus gegas pergi masjid balik. sebab jarak waktu solat agak dekat.

kali kedua, kami pergi dengan shaklee percuma, kami diberi penginapan di hotel hilton. Betul. dekat je . so boleh balik makan dan rehat sekejap.

ada satu waktu, kami lalu lalang di bawah hotel., kami nampak deretan kedai ni. murah- murah saja makanan dia. Ada 2 riyal,3 riyal. ada 10 riyal nasi arab yg boleh makan 3 orang.

jadi, kami terfikir, kalau dulu kami tau tentang ini, takkan kami sanggup balik hotel tengahari semata mata nak makan. baik beli sini je. ok la keluar duit sikit, dari kita kerja ulang alik jauh. lenguh kaki tangan nak beribadah pun letih.


==========================================
3. tips menyentuh dan berdoa di RUKUN YAMANI
==========================================





Rukun Yamani antara tempat mustajab doa. nasihat saya, jika berniat nak sentuh ini,  awal-awal kita dah sedia dalam hati, apa kita nak doa jika kita berpeluang pegang.  insha allah tak jadi kelam-kabut.. 


Jika nak pegang rukun yamani ni, kalau boleh , kita buat sewaktu kita bukan dalam tawaf. maknanya, memang pergi ke arah kaabah semata-mata utk menyentuh kaabah. sebab kalau dalam tawaf, kita kena ulang kembali jika bahu telah berubah arah.

jadi, tekniknya begini, 


saya nasihatkan buat waktu  hampir solat. waktu orang dah azan, biasanya mereka mula buat saff awal. sebelum pancuran emas tu , org agak lengang. jadi, jalan la terus menuju kaabah. kalau waktu nak waktu solat lebih mudah lagi. sebab orang dah buat saff depan kaabah. jadi mudah kita melangkah. 

apapun , doalah agar boleh dapat. 


===============================
4. tips bersolat di dalam hijr ismail
===============================



kenapa kita nak solat dalam hijr ismail. apa istimewanya hijr ismail?

- hijr ismail ialah sebahagian dari kaabah. dimana, bersolat di dalam nya seperti juga kita bersolat di dalam kaabah.

- sabda Rasulullah s.a.w. sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang berbunyi : 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan solat di dalamnya. Rasulullah s.a.w. membawa Siti 'Aisyah ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Solatlah kamu di sini jika kamu ingin solat di dalam Kaabah, karena ini termasuk sebahagian dari Kaabah.

=======
jika ingin bersolat dalam hijr ismail, saya nasihatkan agar, 
 kalau boleh jangan buat sewaktu kita sedang tawaf, sebab ia melarikan niat dan jika kita batalkan tawaf, kita kena mulakan balik round yg kita batal. sebaiknya ,jika kita nak bersolat dalam hijr ismail ni, kita dari luar tu, terus masuk menuju kaabah, dan masuk dari sisi selepas pancuran emas. dan ikut jemaah keliling kaabah. dan kita mula merapat ke tepi. 

ada peluang masuk, terus masuk. dan solat 2 rakaat. (ikutlah nak solat apa, tapi 
 jika sebelum zuhur buatlah dhuha) dan berdoalah sepanjang kita masih di dalam nya. walaupun berdiri. doa apa saja yang terlintas (sebaiknya fikir awal sebelum masuk hijr ismail). 

dalam hijr ismail adalah tempat mustajab doa, dan ia juga berada di bawah pancuran emas juga tempat mustajab doa.


===================================================
5. tips solat di hadapan kaabah, untuk lelaki dan perempuan
===================================================




untuk mendapatkan peluang ini, tips saya bagi ialah begini.

untuk lelaki: 

jika nak bersolat betul-betul di depan kaabah , kita sebolehnya, keluar tawaf 45 minit sebelum azan bagi satu-satu waktu.

jika zohor masuk jam 12.15, maka, kita mulakan tawaf kita paling lewat 45 minit sblm jam 12.15. lebih awal lagi bagus. sebab, tempat turun ke mataf akan ditutup 30 minit sebelum azan.

maka, tawaf lah kita di tingkat paling bawah. sehingga habis tawaf jika masih belum azan, berpusing pusing la lagi atau niatlah tawaf lagi sekali wink emoticon

sehingga orang mula buat saf. maka pilihlah saf depan depan , maka akan dapat duduk solat depan kaabah.

untuk perempuan:

kita tidak boleh solat di bawah kecuali ke belakang. dan itu tidak betul-betul depan kaabah sebab dah hampir  ke kawasan  saie. .

jadi, saranan saya, tawaflah 45 minit sebelum azan, di lapisan kedua mataf. dan jika orang dah mula buat saf, maka , pilihla lokasi yang boleh nampak kaabah waktu kita angkat tangan doa. 


insha allah, kelainan pergi ke sini ialah apabila kita bersolat, yg betul betul depannya baitillah . \
rinduuuu nya.


------------------------------------

sekian saja 5 tips di mekah, nanti saya akan kongsikan lagi tips di madinah (raudhah) dan beberapa lagi tips di mekah. 


sekian dari saya.

nini nisrin muhammad.
014-5068306

shaklee lover
perlis 


Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.