merawat ulser mulut bayi

hari ni, ketiga tiga anak kami di uji ulser.
bermula dengan si abg sulung yang mula batuk batuk. pergi klinik, didapati tonsil bengkak. dan ada demam. suhu 39 c. dah lembik si abang. (tapi ikhwan ni kalau demam, dia suka makan. mungkin sebab tak larat lari kot) hehe

balik rumah, malam tu, si kecik iman pulak merengek rengek tak nak menyusu dan tak nak tidur. badan mula hangat. cek suhu 38.6 c. umi pantau suhu, dan jerlom. 

esok tengahari, si tengah (amin) pulak panas badan. dia ni kalau demam biasa biasa tara 38-39 c tu, mcm tak demam je. kuat semacam. tapi bila kita pegang tubuh dia, memang panas. nak jerlom punya susah si tengah ni. lari keliling rumah. beza dengam si abg yg lebih berdisiplin ;)

maka demamlah ketiga tiga mereka.

umi pun pening. abi sepatutnya ke kl, melihat adik yang dam wad sebab eksiden. terpaksa batalkan. 

hari ni, iman dan amin tak nak minum langsung. maka, kami ambik keputusan, bawak ke klinik remedic arau. (saya sgt puashati dgn klinik ni sebab amat detail dia cek) walaupun mahal sikit. sebab ubat ubatannya lain sikit dari klinik lain.

dr: o mama, baby ada ulser. ni tanda awal hfmd ;(
umi: ooo, patut dia tak nak menyusu

dr: sebab dia sakit kt lelangit. dia perit. jadi dia refuse menyusu. kita bimbang takut dehidrasi. sebab sekarang panas.

umi: ya. ni dari malam td tak minum susu. air pun tak nak. sekarang dah dekat jam 1. lama dia tak minum.

dr: ya. kami cadangkan bg spray . untuk kebaskan rasa sakit sementara dia minum. dan antibiotik pembunuh bakteria.
dr ajar cara guna spray. 

di bawah ni gambar gambar yang lebih kurang situasi iman (9 bulan) . naik bijik bijik ulser di lelangit.

banyak ada ni mama. kena monitor ni. bagi semburan tu 3-8x . banyakkan makan. 

saya sekarang, bagi air dan susu guna shringe. so, pam la dulu ya.

dan spray guna spray ni


alhamdulillah, nampak perubahan. sudah minum. dan sudah ada percubaan menyusu. dah kurang menangis.

iman amin ikhwan, cepat baik ya. 

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.