homeschooling kanak-kanak autism

hari ini saya nak berkongsi tentang homeschooling, iaitu aktiviti pembelajaran anak-anak di rumah.

kita yakin, kebanyakan dari kita adalah ibu bapa berkerjaya, namun, perlu ditekankan bahawa, anak kita adalah amanah terbesar yang perlu kita jaga.

umur mereka yang memerlukan 100% perhatian ialah dari umur 1 hari - 9 tahun, iaitu tempoh mereka membesar dengan menyerap apa sahaja yang diajarkan kepada mereka.

bermula tahap kedua ialah 10 tahun sehingga mereka menjejak kaki ke sekolah menengah , 13 tahun.
ini adalah tempoh mereka meneliti, apa yang baik dan buruk, namun waktu ini, mereka masih memerlukan kita untuk memberi nasihat. umur ini, mana ada ibu bapa membenarkan mereka keluar berjalan jalan di bandar bersama kawan kawan kan =). itulah maknanya mereka masih di dalam tempoh kawalan kita.

jadi, hayatilah saat 1 hari - 6 tahun mereka. saat kita ambil mereka dari sekolah, mereka amat puas hati. memeluk erat batang tengkuk ibu bapa yang mengambil mereka dari situ.

rata rata kebelakangan ini, disebabkan tuntutan kesibukan, ada ibu bapa yang mengupah orang lain atau bibik atau sesiapa sahaja untuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah. ia bagus untuk anak anak berdikari, namun, jauh disudut hati, mereka mesti akan terfikir, "mak ayah ada kereta, tapi tak boleh ambik mereka dari sekolah"

ps: saya dulu pun naik kereta sewa bulanan. sebab mak saya tak ada kereta. motor pun tak ada. sekolah pula jauh. tapi, bila balik sekolah, mak saya akan tanya apa saya belajar, dan tengok kerja sekolah apa kena buat.

(kita sekarang bagaimana ya) sempat tak semak buku anak anak?

---------------------panjang bebel.

saya nak berkongsi tentang apa boleh buat untuk homeschooling anak kita.
aktiviti motor halus dan pendidikan seni kreatif mesti menyeronokkan.




mengenal warna




ajar mengira






ajar susun atur


ini seperti main match match. mereka akan lihat perkataan yang sama, dan ambil serta tampal.


boleh mulakan mengajar bilangan dengan bantuan ini. sediakan 21 batang untuk mereka selesaikan.


ini tampalan. boleh lekatkan guna double tape. dan kertas itu di laminate. pasti seronok

ok, ini sebahagian yang saya boleh kongsikan. nanti kita berkongsi lagi ya. link kawan saya yang juga share aktiviti kanak kanak autism ialah syamilmiracle.blogspot.com banyak saya belajar dari beliau. terima kasih kak zaiton.

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.