buat rumah sendiri

assalamualaikum semua. jam sekarang waktu saya menaip ni ialah 4.01 petang. mata agak layu ajak buai buai mimpi. tapi kena tongkat juga untuk saya menulis di blog tersayang ini =)

hari ni, saya nak berkongsi cerita tentang "buat rumah sendiri" (menjadi idaman semua orang kot ni. kan)

di usia kami 30 tahun, Allah memberi kami peluang untuk kami dirikan rumah dengan bajet sendiri tanpa pinjama (tapi rumah belum siap. baru nak naik tapak, insha allah doakan ia terbaik ya)

rumah sendiri bajet nya dalam RM200'000 untuk sebuah rumah banglo 5 bilik. dan kami buat bermula dengan apa yang ada saja. slow slow orang kata.

bermula inilah saya mula suka tengok deco deco rumah orang. saja nak cari idea =)


ini baru ratakan tanah. tempat ni semak samun banyak. dulunya ialah kebun. tapi lepas arwah nenek meninggal, sudah tiada lagi yang boleh jaga kebun =(


dengan nama Allah. semoga disini suburnya keluarga yang diredhaiMu

--------------------
perjalanan menyelesaikan sebuah rumah akan saya ceritakan satu persatu di blog ini. semoga bermanfaat untuk semua.

next stage ialah, survey harga barang . kita nak tambun tanah tinggi sikit untuk elak air naik waktu banjir, rumah papan (rumah umi saya, ada tiang). ni kita nak bina rumah batu. tak ada tiang. jadi, kita tinggikan tanah.

stay tunee

project ni saya estimated siap dalam masa 17 bulan. insha allah.

2015
ogos
sept
okt
nov
dis

2016
jan
feb
mac
april
mei
jun
julai
ogos
sept
okt
nov
dis siap

-------------------------pastikan follow nae

terima kasih

nini
-wahm
shaklee

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.