5 sebab kenapa saya mulakan bisnes

Saya adalah kakitangan awam kontrak sewaktu saya habis belajar.

Bermula sebagai pegawai penyelidik di usm pulau pinang, kemudian berpindah ke kelantan, sebagai pembantu penyelidik. 

Dan sewaktu berkahwin dalam 4 bulan, saya sudah letih pjj (perkahwinan jarak jauh) yang hari cuti minggu nya berbeza

Kelantan : jumaat sabtu
Perlis (suami) : sabtu dan ahad

Letih sebab macam macam perkara. Kewangan, masa, jalan raya yang agak bahaya (grik) dan lain lain. 

Jadi saya ambil keputusan "berhenti kerja" dan berpindah ke perlis.

Sewaktu kandungan saya 6 bulan, saya menjadi guru ganti di salah sebuah sekolah rendah di perlis. Dengan gaji RM700 Sebulan. 

Saya ganti rasanya 2 bulan. Sudah lupa :) 

Selepas bersalin, bermulalah saya mengintai intai bisnes untuk saya buat.

Apakah sebab saya nak "mulakan bisnes?"


SEBAB SAYA MULAKAN BISNES:

1. Kereta lama kami kerap meragam
- kereta ini ialah kereta 3rd hand yang suami beli. Iswara tahun 1998. 

Pada tahun pertama rumahtangga dibina, iswara ini masih mampu untuk berulang alik menaiki bukit grik dan melalui highway kl, namun, masuk tahun kedua, sudah mula ada bunyi tangisan. Dia sudah tua :(

Setiap bulan sentiasa ada sahaja yang perlu dibaiki. 

Hari saya bersalin ikhwan, kereta ini mati di highway , dan perlu di tunda masuk bengkel. 

Pada hari raya tahun pertama ikhwan (ikhwan 6 bulan) , kereta ini mati di jalan nak naik ke grik. Alhamdulillah , kami di bawa oleh trak penunda dengan kos tunda dan repair hampir RM 1000. 

Maka , kami fikir, sudah masanya kita beli kereta baru. 

2. Nak balik kampung 2 negeri
- setiap tahun, kami wajib beraya di kedua2 negeri. Memandangkan anak anak masih belum bersekolah. Dah bersekolah nanti, perlu di fikir fikir kembali.

- kos untuk perjalanan sahaja dlm sekitar RM800 Ketika itu. Belum masuk duit raya dan kos lain.

- jadi kami perlu menyimpan awal.

3. Nak bagi mak ayah
- setiap bulan, walaupun sikit, kami hulurkan juga untuk mereka. Walaupun hanya note rm50 yg mampu.

4. komitment perjalanan dlm negeri
-
Komitmen suami yang sentiasa berulang alik ke merata tempat di luar waktu bekerja, memerlukan kami untuk ada lebihan bajet .

5. Medical card untuk keluarga

6. Plan nak ke umrah. Bawak umi.

7. Simpanan kecemasan

8. Bina rumah


Semua ini amtara sebab saya mulakan bisnes. Dan ia juga adalah push faktor dan impian saya.

Nampak saya materialistik? 

Ya masa itu, semua berkisar kepada kewangan.

Dan sekarang ini, sudah berubah. Sebab semua tu saya sudah hampir capai keseluruhan.

Apa lagi sebab saya ingin meneruskan bisnes?

Saya kongsikan nanti :)

Nini



Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.