5 kaedah berjimat beli keperluan bayi

(Ini budak sudah lahir, 24 march 2015)

Assalamualaikum. Haaa. Anda sama seperti saya. Walaupun anak dah masuk 2, tapi sebelum melahirkan anak ke 3, tetap juga mencari info info ini. Hehe. Tak salah. Kita kan mudah lupa lupa. Dah 3 tahun dah sambut baby kedua. Mesti banyak dah makin lupa.

Jadi, ni saya senaraikan "5 kaedah berjimat cermat dalam menyambut baby baru" untuk kita follow (sebaiknya la) :

1. Listkan apa patut dibeli
- tips saya: 
beli setiap bulan, kita mengandung 9 bulan. Jadi , biasa dalam 6 bulan mengandung, kita mulakan beli barang baby sedikit demi sedikit. Jangan tunggu nak beli sekaligus. Nanti kita hilang kawalan. Bajet pun kadang kadang lari.

- nanti saya nak kongsikan apa barang perlu beli awal, apa barang tak yah beli lagi. Tunggguuuu :)

2. Mesej atau call kawan kawan yang ada baby yang dah besar. Tanyakan jika ada mereka nak letgo barang keperluan yang tak digunakan atau tak diperlukan lagi. 
- kadang kadang, ramai kita ni dapat hadiah. Tapi tak sempat guna , baby dah besar. Hehe. Contohnya: 
  1. Sarung tangan/sarung kaki baby
  2. Topi baby
  3. Selimut baby
  4. Bedung moden baby
  5. Wet tissue
  6. Baju newborn
  7. Tuala 
  8. Tilam
  9. Set mandian 
3. Masuk group fb menjual barang preloved dan terpakai. Boleh beli dengan harga yang lebih rendah. Lebih jimat. Biasanya barang yang kita tak lama pakai. 

4. Pergi beli di ekspo baby atau waktu sales. (Jika ada) 
- tapi jangan over pulak. Tengok list. Beli apa yang perlu saja. Yang boleh tunggu atau tak perlu lagi, tak yah beli. Akan ada lagi ekspo lepas ni. Percayalah :)

- antara yang boleh beli banyak sikit:
  1. Wet tissue
  2. Minyak perut bayi (saya beli minyak tyt kat mydin banyak banyak)
  3. Pampers saiz s (saiz newborn jgn beli banyak)

5. Berseloroh dengan kawan kawan fb. Listkan apa yang belum ada. Nak datang tengok baby , bawak hadiah tu. Hahahahaa
- ni tips pancing. Hihi

Kenapa tidak kan. Elak bazir. Bawak barang yg sama. Baik bawak yg kita perlu. Hihi

--------- ok all my fren. Ni saja 5 langkah berjimat dalam kita membeli barangan bayi. Ya la kan, nak sambut orang baru. Mesti eksaited. Nak nak lagi, anak sulung.

Jaga jaga ya. Baik menyimpan banyak untuk mereka. Beli sekadar cukup saja.

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.