7 petua cepat bukaan pintu rahim


hampir nak bersalin , maka banyak lah blog yang kita lawati =)
membaca kisah kisah pengalaman orang lain dan cari petua petua untuk diri sendiri.

saya pun macam tu juga.

ni ada saya simpulkan sedikit petua cepat bukaan pintu rahim



1. SELALU SELALU MANDI DAN BASAHKAN RAMBUT

ni petua orang tua tua. mungkin dengan basah, maka mudahkan pintu rahim terbuka . sebab tu kot ada waterbirth. hehe

jadi, rajin rajinkan lah mandi ya. tapi jangan mandi malam pulak ya



2. BANYAKKAN SUJUD
saya last last ni kadang kadang kena solat sambil duduk. tapi better duduk macam tahiyyat daripada duduk atas kerusi. sebab kita masih boleh buat sujud yang betul betul. sujud lama lama.

(kena buat ni nini weiii)


3. MENCANGKUNG
ni biasa buat masa cuci toilet. haha. so jangan malas malas cuci toilet. maka, tidak adalah mencangkung tanpa faedah ye tak =)


4. JALAN ITIK (DUCK WALKING)
buat la setakat mampu. jangan sampai kejung pulak. krem. hahaha


5. SENAMAN MENGANDUNG (MACAM KETUK KETAMPI TU )
ni saya ada tengok la dalam tips tips tu. tapi gigil gak la lutut masa nak bangun dari duduk tu. hehe
buat la, in sha allah. baby lebih terdorong di tolak ke bawah dengan lebih cepat.
ajak suami buat sama sama. baru la adil. hihi


6. BANYAKKAN BERJALAN
ni biasanya kalau amalan orang perempuan , shopping. takkan rasa pun letih. hihi.

so , pergilah pusing mana mana mall atau pusing la padang kalau rajin =)\\

7. BERDOA / DOA SUAMI / DOA IBU
ini paling awal sebenanryna. mintak dengan Allah supaya dimudahkan. allah.
sesungguhnya terlalu banyak kelalaian yang aku buat,. ampuni daku.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.