Posts

Showing posts from 2015

merawat ulser mulut bayi

Image
hari ni, ketiga tiga anak kami di uji ulser.
bermula dengan si abg sulung yang mula batuk batuk. pergi klinik, didapati tonsil bengkak. dan ada demam. suhu 39 c. dah lembik si abang. (tapi ikhwan ni kalau demam, dia suka makan. mungkin sebab tak larat lari kot) hehe
balik rumah, malam tu, si kecik iman pulak merengek rengek tak nak menyusu dan tak nak tidur. badan mula hangat. cek suhu 38.6 c. umi pantau suhu, dan jerlom. 
esok tengahari, si tengah (amin) pulak panas badan. dia ni kalau demam biasa biasa tara 38-39 c tu, mcm tak demam je. kuat semacam. tapi bila kita pegang tubuh dia, memang panas. nak jerlom punya susah si tengah ni. lari keliling rumah. beza dengam si abg yg lebih berdisiplin ;)
maka demamlah ketiga tiga mereka.
umi pun pening. abi sepatutnya ke kl, melihat adik yang dam wad sebab eksiden. terpaksa batalkan. 
hari ni, iman dan amin tak nak minum langsung. maka, kami ambik keputusan, bawak ke klinik remedic arau. (saya sgt puashati dgn klinik ni sebab amat detail dia…

bina rumah cash di umur 30 tahun

Image
REZEKI tak disangka
---------------------
dari saya selesai belajar, saya banyak berimpian , saya nak jadi kaya. saya nak ubah nasib keluarga saya yang dulunya biasa dipandang amat rendah. lepas grad, bekerja. tapi cukup cukup saja untuk simpanan kos kahwin. sebab, 90% kos kahwin termasuk kenduri semua tu, saya sendiri simpan. tak mintak dari mak dan ayah. semua sendiri. lepas kawin, berhenti kerja. pindah ke perlis. dah jadi suri rumah. tiada income apa apa. sehinggalah saya mencebur dalam shaklee. bisnes saya tanpa modal. berkembang dan berkembang. sehingga menikmati hampir semua bonus yg shaklee tawarkan. Lantas, kami buat rumah ini CASH, tanpa pinjaman. bonus kereta dan bonus shaklee yang lain boleh digunakan untuk tujuan ini. saya mesti nak tengok rumah ini siap dan boleh diduduki hari raya depan ini. allahu mustaan

vitamin e shaklee

Image
sekarang ni , vitamin e harganya diskaun 50%. hanya untuk bulan oktober saja. 
siapa mau kulit jadi gebu gebu . 
014-5068306

GUNA TV PASANG YOU TUBE

Image
salam 1 malaysia semua.

hari ini saya hana ingin berkongsi satu perkara, iaitu menggunakan TV sebagai screen monitor menggantikan screen monitor komputer yang kecil.
tips: 1. beli atau guna tv yg ber skrin besar. pasaang sebagai monitor. kalau gantung di dinding lagi bagus sebab anak tak kan tolak tarik dah.
2. gunakan kabel penghubung antara cpu dengan tv. 













3. gunakan mouse wireless.
4. set youtube auto play. sebab bila kita play cartonn, akan auto play next selepas 1 dah habis. jadi tak perlu kita nak tekan play setiap kali masuk scene lain.
5. buat full screen display
6. sembunyikan mouse.
7. menontonlah bersama anak sambil golek golek =)


selamat mencuba kawan kawan.
------------------ salam perkongsian info master nini nisrin shaklee perlis

pejabat ringkas di rumah

Image
waktu saya bermula untuk berbisnes, saya tiada pejabat khusus. hanya ada sebuah bilik kecil yang menempatkan sebuah meja makan (milik kerajaan ) hehe.

waktu itu anak saya masih kecil, dan saya buat kerja update apa sahaja, sewaktu dia tidur. (samada siang atau malam)

tetapi, bila dia sudah semakin membesar, sudah agak sukar untuk buat kerja di bilik kecil tersebut.

jadi kami mengeluarkan meja dan meletakkannya di ruang tamu.

ia untuk memudahkan saya memantau aktiviti anak sambil menjawab persoalan pelanggan melalui facebook (waktu itu belum ada smart fon ) kalau ada pun, mahal. belum mampu.

saya tiada ofis khas, tetapi saya ada fail fail yang saya letakkan dalam fail keras. tapi ofis tidak proper.

sehingga 3 tahun, ofis saya begitu. walaupoun saya amat memerlukan ofis yang tanpa gangguan, namun, ianaya hanya angan angan.

SEBAB ANAK ANAK SAYA MASIH KECIL, dan saya tiada pembantu rumah atau pengasuh,

sudahnya, tiadalah ofis untuk di jelmakan,

sehinggalah 1 hari, saya sudah kehilangan ba…

5 sebab kenapa saya mulakan bisnes

Image
Saya adalah kakitangan awam kontrak sewaktu saya habis belajar.

Bermula sebagai pegawai penyelidik di usm pulau pinang, kemudian berpindah ke kelantan, sebagai pembantu penyelidik. 
Dan sewaktu berkahwin dalam 4 bulan, saya sudah letih pjj (perkahwinan jarak jauh) yang hari cuti minggu nya berbeza
Kelantan : jumaat sabtu Perlis (suami) : sabtu dan ahad
Letih sebab macam macam perkara. Kewangan, masa, jalan raya yang agak bahaya (grik) dan lain lain. 
Jadi saya ambil keputusan "berhenti kerja" dan berpindah ke perlis.
Sewaktu kandungan saya 6 bulan, saya menjadi guru ganti di salah sebuah sekolah rendah di perlis. Dengan gaji RM700 Sebulan. 
Saya ganti rasanya 2 bulan. Sudah lupa :) 
Selepas bersalin, bermulalah saya mengintai intai bisnes untuk saya buat.
Apakah sebab saya nak "mulakan bisnes?"

SEBAB SAYA MULAKAN BISNES:
1. Kereta lama kami kerap meragam - kereta ini ialah kereta 3rd hand yang suami beli. Iswara tahun 1998. 
Pada tahun pertama rumahtangga dibina, isw…

Mendidik anak guna teknik nabi

Image
Allahu allah

Banyak yang saya belajar dari satu semunar pendek separuh hari yang di sampaikan oleh team abs edu (lead by nurhidayah) 
Banyak ilmu urus anak dengan baik tanpa terpekik terlolong , sedangkan semua tu tak memberi apa apa impak kepada anak. 
Ada banyak teknik kita boleh guna dalam emosi terkawal. Dan anak boleh ikut (ada yang cepat, dan ada yg ambil masa juga) tapi kita sabar dan buat teknik nabi, insha allah ada pahala sunnah :)
Mendorong dengan ganjaran sosial Mendorong utk mengekalkan hasil kerja yg baik Mendorong berhentikan tingkah laku negatif Menegur anak yang melanggar peraturan Membimbing dan memantau tugas
--------
Lepas kelas ni baru saya faham, anak anak tak boleh digertak dengan ugutan. Sebab dalam kepala mereka belum capai tahap itu . Mereka tak faham.
Haaa, buatlah buat. Nanti ibu cubit. Di sebut pada anak umur 2-5 tahun. Mereka pelik. Ibu ayah nak bagi buat atau tak bagi. Kenapa nak cubit pulak? Tadi ibu ayah bagi buat . (Blurrr)
Kesian kan anak anak kita.

homeschooling buat flash card diy

Image
kita boleh mengajar anak kita dengan apa jua bahan bantu. tak perlu mahal. bahan alami alam pun boleh. macam daun sebenar, buah sebenar, dan sebagainya.

disini saya kongsikan bagaimana untuk ,membuat flash card sendiri.












homeschooling kanak-kanak autism

Image
hari ini saya nak berkongsi tentang homeschooling, iaitu aktiviti pembelajaran anak-anak di rumah.

kita yakin, kebanyakan dari kita adalah ibu bapa berkerjaya, namun, perlu ditekankan bahawa, anak kita adalah amanah terbesar yang perlu kita jaga.

umur mereka yang memerlukan 100% perhatian ialah dari umur 1 hari - 9 tahun, iaitu tempoh mereka membesar dengan menyerap apa sahaja yang diajarkan kepada mereka.

bermula tahap kedua ialah 10 tahun sehingga mereka menjejak kaki ke sekolah menengah , 13 tahun.
ini adalah tempoh mereka meneliti, apa yang baik dan buruk, namun waktu ini, mereka masih memerlukan kita untuk memberi nasihat. umur ini, mana ada ibu bapa membenarkan mereka keluar berjalan jalan di bandar bersama kawan kawan kan =). itulah maknanya mereka masih di dalam tempoh kawalan kita.

jadi, hayatilah saat 1 hari - 6 tahun mereka. saat kita ambil mereka dari sekolah, mereka amat puas hati. memeluk erat batang tengkuk ibu bapa yang mengambil mereka dari situ.

rata rata kebelakangan ini,…

buat rumah sendiri

Image
assalamualaikum semua. jam sekarang waktu saya menaip ni ialah 4.01 petang. mata agak layu ajak buai buai mimpi. tapi kena tongkat juga untuk saya menulis di blog tersayang ini =)

hari ni, saya nak berkongsi cerita tentang "buat rumah sendiri" (menjadi idaman semua orang kot ni. kan)

di usia kami 30 tahun, Allah memberi kami peluang untuk kami dirikan rumah dengan bajet sendiri tanpa pinjama (tapi rumah belum siap. baru nak naik tapak, insha allah doakan ia terbaik ya)

rumah sendiri bajet nya dalam RM200'000 untuk sebuah rumah banglo 5 bilik. dan kami buat bermula dengan apa yang ada saja. slow slow orang kata.

bermula inilah saya mula suka tengok deco deco rumah orang. saja nak cari idea =)





--------------------
perjalanan menyelesaikan sebuah rumah akan saya ceritakan satu persatu di blog ini. semoga bermanfaat untuk semua.

next stage ialah, survey harga barang . kita nak tambun tanah tinggi sikit untuk elak air naik waktu banjir, rumah papan (rumah umi saya, ada tiang). ni…

Resepi biskut famos amos

Image
Hari ni berkesempatan buat (sekut raya) . Orang panggil kuih raya :)

Kami kelantan ni, kuih tu macam donut tu. Hehe.
Ok. Tak yah panjang panjang.  . . Resepi ni mudah sangat. Dan sedap sangat biskutnua. Rangup.
Inilah kejadiannya.
Disebabkan saya ada baby umur 3 bulan yang dah pandai merengek merap :), jadi Waktu menyediakan bahan tu, kena ada orang jaga baby jap.
Lepas dh sedia bahan, nak masukkan dalam loyang, boleh buat sambil dukung baby. Hehe. Mudah bebenor.
Ok. Ni resepi. Saya ikut yang ni je la


Alhamdulillah. Sedap sangat. Sebab badam tu saya letak banyak. Hehe

Selamat mencuba ya kawan kawan.
Sekian.
Nini nisrin Shaklee perlis
014 506 8306

Nak banyak susu? Buat power pumping

Image
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dlm cara yang lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung akan meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu 2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan 3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit,  kemudian kiri 10 minit,  tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump –  Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit,  sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit  dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekal…

KAYA tuntutan ISLAM

Image
kebelakangan ini, muncul ramai yang memulakan bisnes.
. . .
Ada bisnes ayam Ada bisnes kambing golek Ada bisnes pakaian Ada bisnes kuih kerepek  Ada bisnes vitamin Ada bisnes periuk belanga
. . dan sebagainya

Tidak lupa juga, ada yang memperlekehkan usaha orang yang baru mula nak berbisnes. . . " alaa, engkau nak sangat tiru dia, dia bisnes, engkau pun nak. engkau buang masa saja la. dia tu dah lama. memang la dapat banyak untung."
"ala engkau ni, sapa sangat la nak beli nasik lemak kau tu. bukannya ramai sangat orang kat sini. depa pagi pagi mana beli kat luar. makan roti ja kot. membazir je la kalau jual tak abes nanti'

beginilah keadaan yang biasa kita tempuhi. saya tidak faham, mengapa kita biasa begini ya? . . .
tidak positif. takut untuk mencuba. 
Padahal, ISLAM MENUNTUT umatnya supaya KAYA.


KENAPA KITA PERLU 'KAYA'

1. kita akan dapat lebih nilai di mata masyarakat.  bukannya untuk rasa meninggi diri, tapi lebihan yang kita ada, kita boleh memberi kepada…

Enjoy bisnes dan ukhwah

Image
bisnes adalah salah satu cabang untuk kita melebarkan sayap dakwah. lebih lebih lagi, kita berjaya menjadi icon yang ramai orang mahu jadi seperti kita.

seperti Rasulullah mengajar kita supaya menjadi icon masyarakat. begitu juga dalam bisnes. kelompok kita untuk kita dakwahi.






kenangan "KANAK KANAK'

Image

suppliment bukan banyakkan susu

Image
SUPPLIMENT BUKAN UNTUK BUATKAN "susu jadi banyak" TETAPI.... . . Untuk jadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga. Kerana semua itulah yang menentukan kita akan cukup nutrisi dan anak juga mendapat susu yang banyak. . Rata rata mencari SUPPLIMENT YANG BOLEH BANYAKKAN SUSU. . . Itu silap konsep ASAL.
Itulah sebabnya mengapa kebanyakn ibu yg pro-BF ni selalu kate, "tanpa supplement pun boleh fully BF". 
Betul tu. Tanpa suppliment pun kita boleh saja bf.  . . Tapi, kita jarang sedar tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada diri kita. Dan mungkin kita tidak tahu yang perubahan tu sebenarnya disebabkan kite menyusukan anak.
Contohnya:
Sakit gigi Lenguh pinggang Keguguran rambut Cepat letih Dan sebagainya
Pernah kita fikir ni tak? "ibu yang tinggal di tempat kebuluran pun boleh menyusukan". Ada yang sakit pengsan atau koma pun susu tetap keluar. Ajaib tu kan :)
Tapi....
Kita perlu kasihankan diri sendiri juga. Asyik berkorban tetapi kita nafikan hak bad…

Kisah "BAYI" ahli syurga

Image
Assalamualaikum pelayar internet sekalian. Alhamdulillah. Anda antara yang terpilih untuk melayari internet dengan mencari info bermanfaat. . . Sebab, ramai pelayar pelayar zaman moden ini, mencari info yang negatif lantas, mereka terperangkap dalam dunia durjana.  . 
Kebelakangan ini, terlalu banyak kisah menyayat hati berkaitan dengan baby. Saya amat sedih kalau ada berita berkaitan baby. Payah untuk saya menekan punat play atau punat see picture. Mungkin ramai seperti saya. .  . .
Mengapa manusia makin kejam. Tiada hati dan perasaan.  . . Memang yang buat perkara begini hilang kewarasan nya. Saat berbuat itu, seperti kata kata ini:

IMAN. Inilah kuncinya terhindar segala dari semua nafsu serakah.
BAGAIMANA untuk ADA IMAN? . .
1. Hayati KEBESARAN Allah (tafakur dan muhasabah)
. Pergi kemana sahaja, lihat alam dan kejadian Allah. Sebutlah Allah maha besar (ALLAHUAKBAR). Lazimi ia. Lazimi ia. . Biasa kita sebut wahhh cantiknya permandangan. Ia langsung tidak membina iman. Sebutlah ALLAHUAKBAR. Terlalu …