seperti rama rama



Seorang kanak2 sedang bermain dan terjumpa kepompong kupu2 di sebatang jalan yg rendah. Diambilnya kepompong tersebut dan slps diamati, ternyata ada sebuah lubang kecil pada kepompong itu. Dia terpegun melihat lubang itu kerana ada seekor kupu2 sedang berjuang utk keluar dari lubang kecil itu. selepas beberapa lama, kupu2 itu berhenti mencuba dan segala usahanya sia2.

Melihatkan keadaan itu, kanak2 itu merasa sgt kasihan dan bertindak utk membantu kupu2 tersebut keluar dr kepompong. dia pun mengambil gunting lalu menggunting 2 itu kepompong itu dengan tujuan memudahkan kupu2 itu keluar dan terbang bebas.

Apabila kepompong itu terbuka selepas digunting, kupu2 itu pun keluar dengan mudahnya. TETAPI, ia masih memiliki tubuh yg gembung dan kecil....Sayap2nya masih berkedut2... Kanak2 itu memerhatikan kupu2 itu dengan teliti dan berharap supaya sayap serangga itu dapat berkembang sehingga mampu membawa kupu2 itu terbang menuju bunga2 di taman. TETAPI, sekali lagi, harapan tinggal harapan...apa yg ditunggu2 oleh kanak2 itu masih tidak terjadi...kupu2 terpaksa menghabiskan sisa2 hidupnya dengan merayap di sekitarnya dengan tubuh yg gembung dan sayap yg masih berkedut dan yg tidak terbentang dengan sempurna. KUPU2 ITU LANGSUNG TIDAK MAMPU UNTUK TERBANG..... !!!!!

Kanak2 yg membantu mengeluarkan kupu2 itu dari kepompongnya rupanya tidak mengerti bahawa KUPU2 PERLU BERJUANG DENGAN DAYA USAHANYA SENDIRI BAGI MEMBEBASKAN DIRI DARI KEPOMPONGNYA. .LUBANG KECIL YG PERLU DILALUI OLEH SERANGGA ITU AKAN MEMAKSA CAIRAN DARI TUBUHNYA MASUK KEDALAM SAYAP2NYA SEHINGGA DIA MAMPU TERBANG DAN MEMPEROLEH KEBENASAN... ...

Hidup adalah 1 perjuangan. hidup memerlukan usaha yg bersungguh2, malah bg meraih kejayaan diperlukan keringat dan air mata..tidak ada perkara yg mudah dan cepat, semuanya perlu melalui proses yg sudah ada dalam putaran kehidupan. SETIAP TAPAK YG DILALUI MEMBERIKAN MAKNA YG LUAR BIASA BAGI SESEORANG MEMASUKI TAPAK YG BERIKUTNYA.

PENGALAMAN2 SUKA DAN DUKA DALAM SETIAP SENDI KEHIDUPAN MEMBERIKAN WARNA TERSENDIRI DALAM MENGHIASI MASA KEHIDUPAN KITA YG SEMENTARA INI.

Itulah sebabnya kadang2, ketika merenung kehidupan, terdetik keinginan mahu menjalani setiap titik kehidupan dgn bijaksana dan bersungguh2. NAMUN, TATKALA PERSAINGAN SUDAH PESAT, RENUNGAN HANYA TINGGAL RENUNGAN , yg TERJADI ADALAH SEBALIKNYA.

Melalui cerita kupu2 tadi, kita perlu mengerti bahawa seekor kupu2 yg cantik hanya dapat terbang dengan indahnya selepas melalui perjuangan yg cukup berat. begitu juga kita, sekiranya seseorang ingin terbang dengan kecekapan yg memadai, tentu dia juga perlu kpd perjuangan yg hebat.

KECEKAPAN DINILAI DENGAN APA YG TELAH DILAKUKAN, BUKAN DARIPADA APA YG DIUCAPKAN... .

KECEKAPAN SESEORANG DIUJI MELALUI PENGALAMAN2 HIDUP, YG DIALAMINYA, BUKAN SEKADAR PERENCANAAN DI ATAS KERTAS....

Kanak2???? Setulus hatinya yg ingin membantu dan keikhlasan melihat kehidupan... .itulah dia seorang insan yang bertitle kanak2...tidak pernah mengenal erti putus asa, mampu mencuba apa sahaja untuk dirinya belajar apakah itu kehidupan yg sebenar...

renung2 kan, dimankah letaknya kita????

wallahua'lam. ..

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.