PERUT BUNCIT TANDA AWAL PENYAKIT

perut buncit x semestinya kita gemuk. ada je yang kurus tapi buncit. oh noooo. x mau xmau xmau..=]

kepada yang rasa-rasa macam dah makin buncit, cegahlah awal-awal. jangan nantyi dah  inci ke depan baru nak kempiskan. masa tu dah susah wooo..

ni baca sedeikit tentang bahayanya buncit
------------------------

Soal Jawab bersama Pof Madya Dr. Shaiful Bahari Ismail – Pakar perunding perubatan keluarga (kesihatan lelaki) Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan

Soalan: Ketika bersembang dengan rakan-rakan, ramai yang mengutarakan masalah yang sama iaitu perut semakin buncit selepas berkahwin. Saya ingin bertanya, adakah perut buncit merupakan masalah kesihatan? Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini. – Zubir, kelantan.

Jawapan: Terima kasih atas soalan yang saya kira sangat penting untuk diketahui ramai, sama ada kaum lelaki mahupun kaum perempuan. Mungkin disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif di tambah pemakanan yang tidak sihat, maka berlakulah masalah perut buncit ini.

Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.

Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal kaum lelaki ialah 90cm dan bagi wanita adalah 80cm. Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.

Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selainmenjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsistenbagi mengatasi masalah perut buncit. Mungkin cara sedutan lemak atau ‘liposuction’ boleh dilakukan tetapi kesanya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang bekekalan, Insya-Allah
Sumber – Mingguan Malaysia, Ahad 13 nov 2011


CADANGAN SHAKLEE:

lecithin/omega guard - leusine pembakar lemak
alfafa/herbalax - detox/nyahtoksin




Nini Nisrin muhammad
Senior Supervisor
Shaklee independent distributor id:882017
tel: 014-5068306

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.