KETAHUI TENTANG BENGKAK SUSU


   Bengkak Payudara

  • Bengkak payudara bermakna payudara terlalu penuh , sebahagiannya dengan susu dan sebahagiannya lagi disebabkan oleh peningkatan cecair tisu dan darah yang mengganggu pengaliran susu. Payudara kelihatan berkilat, keras, tegang , sakit dan susu tidak mengalir.

  • Apabila susu mula mengalir banyak, pengaliran darah akan meningkat ke payudara sama seperti pengaliran susu. Payudara akan berasa  hangat, penuh dan berat. Ini menunjukkan payudara penuh.

  • Untuk mengurangkan payudara yang penuh, susui bayi secara kerap dan lakukan tuaman sejuk  sewaktu bayi tidak menyusu. Dalam beberapa hari, payudara akan menyesuaikan penghasilan susunya  mengikut keperluan bayi.

  • Jika susu tidak dikeluarkan, saluran susu, darah dan sistem limfatik  akan menjadi padat dan berhenti mengalir dan akhirnya menyebabkan bengkak . Payudara akan terasa panas, keras, sakit, tegang dan berkilat. Puting pula menjadi tegang dan leper. Ini akan menyebabkan bayi sukar untuk melekap dan akhirnya puting akan luka.

  • Jika bengkak payudara berterusan, bahan penghalang penghasilan susu (feedback inhibitor) akan mengurangkan penghasilan susu ibu.

Pengendalian Bengkak Payudara

  • Bantu ibu mengurangkan bengkak dengan mengeluarkan susu daripada payudara ini dapat:
    • Mengurangkan ketidakselesaan ibu
    • Mengelak komplikasi seterusnya seperti radang payudara (mastitis) dan  bengkak bernanah
    • Membantu untuk memastikan penghasilan susu berterusan
    • Memastikan bayi boleh menerima susu ibu

  • Periksa pelekapan : Adakah bayi  melekap dengan betul pada payudara. Jika tidak :
    • Bantu ibu untuk melekapkan bayi pada payudara dengan sebaiknya untuk mengeluarkan susu
    • Cadangkan pada ibu untuk memerah sedikit susu terlebih dahulu sebelum bayi menyusu untuk melembutkan areola. Ini akan memudahkan bayi untuk melekap.

  • Jika dengan menyusu tidak dapat mengurangkan bengkak, nasihatkan ibu  memerah susu di antara waktu penyusuan untuk beberapa kali sehingga ibu rasa lebih selesa

  • Galakkan penyusuan yang lebih kerap : Jika penyusuan dihadkan, galakkan ibu menyusu bayinya  pada bila-bila masa dan seberapa lama yang bayi mahu.

  • Lakukan tuaman  suam (tuala  lembap) pada areola sebelum menyusu untuk meransang pengaliran susu. Mandi air  suam  boleh merangsang pengaliran susu.  

  • Urutan leher dan belakang badan atau lain-lain teknik yang menenangkan  juga boleh merangsang pengaliran susu.

  • Bantu ibu untuk lebih selesa. Ibu mungkin perlu mengampu payudaranya  jika besar

  • Beri sokongan dan bina keyakinan ibu dengan menerangkan  bahawa bengkak payudara akan sembuh tidak lama lagi.

  • Tuaman sejuk boleh mengurangkan kesakitan pada payudara  sewaktu bayi tidak menyusu


kredit: Leen Cqah Amni

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.