SALAM PEMBUKAAN bijaksihat.blogspot.com


Salam perkenalan kepada semua rakan-rakan blogger, pelayar-pelayar alam maya, pengembara-pengembara bertetingkap monitor dan semua yang sudah mengenali mahupun masih belum ditaarufi.
segala yang bermula sudah tentunya bermatlamat bukan? dan disini matlamat saya dalam membina blog adalah untuk berkongsi maklumat-maklumat  terutamanya dalam penggunaan suplement untuk kesihatan, keibubapaan, serta menjaga dunia hijau.


Jadi, disini,ingin saya maklumkan:

Kepada sesiapa yang ingin menulis artikel dan ingin artikelnya disiarkan/di sharekan bersama, boleh add saya di emel nininisrin@gmail.com. sama-sama kita berkongsi maklumat.

dan juga kepada sesiapa rakan-rakan blogger yang berminat untuk di list kan blognya di blog ini, boleh juga emel sy, sy sgt mengalukan, semoga tautan kita bertambah erat dengan permulaan ini.

tidak bercadang untuk berceloteh panjang di awal perkenalan ini, hanya sekadar ingin mengucapkan salam perkenalan dari saya. semoga setiap entri yang akan hadir di blog ini bermanfaat kepada semua, dan jika ada  kesilapan/kelemahan di dalam entry saya nanti,  adalah amat dialu-alukan teguran daripada anda semua.

sekian dari saya buat masa ini.


www.bijaksihat.blogspot.com
shaklee distributor, (perlis)

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.